Ikan Siakap Masak Asam Pedas

5 orang bercadang membuatnya
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

Asam pedas kalau ada daun kesom memang sedap. Tapi kalau tak ada pun tak apa. Kena letak serai dan daun limau purut. Saksikanlah Ikan Siakap Masak Asam Pedas.

7. Cili
8. Lengkuas
9. Serai

#CookpadApron2025
#CA2025
#Week12
#Cili
#Lengkuas
#Serai

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

45 minit
4 orang
  1. 2 ekorikan air siakap (dikerat 3 bahagian dan dibasuh dengan campuran air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir)
  2. 2 ketulkecil kunyit hidup (hiris kecil)
  3. 2 ketulkecil halia (hiris kecil)
  4. 1 ketulkecil lengkuas (hiris kecil)
  5. 1 bijibawang besar (hiris)
  6. 3 ulasbawang putih (hiris)
  7. 13 sudu besarcili boh (cili kering kurang pedas yang direbus sehingga lembut dan dikisar dengan sedikit air)
  8. 1 sudu tehserbuk belacan
  9. 1 mangkukair besar
  10. 3 batangserai
  11. 3 helaidaun limau purut
  12. 2asam keping
  13. 1 sudu besargaram
  14. 1/2 sudu tehgula

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Kisar halia, bawang putih, bawang besar, halia dan lengkuas dengan sedikit air.
    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing.

  2. 2

    Kemudian, masukkan cili boh. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit serbuk belacan masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak. Ulang lagi sehingga 3 kali agar cili boh betul betul garing.

  3. 3

    Seterusnya masukkan air, daun limau purut dan serai. Biarkan air menggelegak seketika.

  4. 4

    Masukkan ikan siakap dan asam keping. Jangan terbalik balikkan ikan untuk elak ikan hancur.

  5. 5

    Setelah ikan dah masak, masukkan garam dan gula. Kacau bahagian kuah sahaja. Rasa sedap? Siap! Makan dengan nasi lembik panas panas, auuuum, sedap sangat.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan