Sourdough Bread

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

25k Cooksnap Marathon 📸

Pertama kali mencuba membuat roti sourdough. #Cooksnap daripada adik cantik berlesung pipit @Gynainspring83 Saya menggunakan tepung gandum serbaguna sahaja.

#25kCooksnapMarathon
#MingguKeempat (21-27 Julai) 📸 🥘🍹🏁🏅 🎉

Sourdough Bread

25k Cooksnap Marathon 📸

Pertama kali mencuba membuat roti sourdough. #Cooksnap daripada adik cantik berlesung pipit @Gynainspring83 Saya menggunakan tepung gandum serbaguna sahaja.

#25kCooksnapMarathon
#MingguKeempat (21-27 Julai) 📸 🥘🍹🏁🏅 🎉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3-4 orang
  1. 250 gtepung roti (saya guna tepung gandum biasa jer Cap Ros)
  2. 3/4 sudu kecilgaram pink himalaya
  3. 150 mlair suam
  4. 75 gmsourdough starter
  5. BekasProofing Basket (bersama kain linen/Kitchen towel) atau apa-apa jer
  6. Parchment paper

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Dalam satu mangkuk, campurkan tepung dan garam, kacau rata. Dalam mangkuk yang lain, campurkan sourdough starter dan air suam. Gaul hingga sebati. Campurkan bancuhan sourdough starter ke dalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Gaul dengan menggunakan sudip kayu. Kemudian uli dengan menggunakan tangan sehingga menjadi doh yang licin dan elastik.

  2. 2

    Rehatkan doh selama 1 jam di dalam mangkuk yang ditutup dengan plastic wrapping. Setelah doh direhatkan, keluarkan doh dari mangkuk perlahan-lahan di atas permukaan yang rata dan ditaburi sedikit tepung. Bentukkan roti (tidak perlu uli lagi, hanya bentukkan sahaja).

  3. 3

    Sediakan proofing basket (saya guna tupperware yang dilapik tea towel, ayakkan tepung diatas tea towel kemudian letakkan perlahan-lahan doh di dalam nya. Tutupkan doh dengan menggunakan tuala dan bungkus dengan beg plastik, simpan di dalam chiller semalaman (resipi asal simpan di suhu bilik dan dibiarkan mengembang sehingga 6 jam).

  4. 4

    Setelah semalaman dan doh mengembang, Panaskan oven berserta loyang mengikut suhu oven masing-masing. Saya guna suhu tinggi 220’c. Ayak sedikit tepung pada doh. Terbalikkan proofing basket yang berisi doh perlahan-lahan di atas parchment paper. Ayakkan tepung diatas permukaan doh. Buang lebihan tepung dan kelar sedikit di atas doh mengikut kreativiti masing-masing. Angkat parchment paper dengan berhati-hati letakkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.

  5. 5

    Bakar secara Bain-marie sehingga keperangan (saya letakkan di sisi nya 1 biji mangkuk tahan panas yang berisi air). Saya bakar dalam masa 30 minit.

  6. 6

    Keluarkan roti dan sejukkan di atas cooling rack sebelum dipotong.

  7. 7

    Simpan sini e-cert 25k untuk minggu keempat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Fuiyoh! Hebat! Cantik Kak Za kejadian dia! 👏👏👏

Resipi Sepertinya