Ramuan

  1. Beberapa batang ubi kayu muda
  2. Segenggam ikan bilis
  3. 4-5tangkai cili kering / 3 biji cili api
  4. Garam
  5. Minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Ubi kayu yang dah dibersihkan

  2. 2

    Parut / sagat kesemua ubi tersebut dan tapiskan. Kerana ubi akan mengeluarkan lebihan air.

  3. 3

    Sementara itu, kita tumbuk dulu ikan bilis dan cili tadi. Kalau gunakan cili kiring boleh rebus dulu supaya cili tu lembut dan memudahkan proses melesung nanti. Tak perlu lumat sangat dan tambah kan sedikit garam.

  4. 4

    Masukkan ubi yang dah siap ditapis lebihan airnya tadi kedalam bekas lain dan campurkan bahan tumbuk tadi bersama.

  5. 5

    Bila dah gaul sebati, boleh dikepal-kepal dan buatlah bentuk yang mudah dimakan. Selepas tu boleh terus digoreng sehingga warnyanya ke-emasan. Sorry gambar selepas goreng takde, sebab semua orang dah tak sabar nak makan. :) selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zuen Zulkifli
Zuen Zulkifli @cook_15194009
pada

Komen (2)

Zuen Zulkifli
Zuen Zulkifli @cook_15194009
Alhamdulillah... should try it kak Amy. Ni resipi drpd arwah nenek zue. So far ramai yg suka.

Resipi Sepertinya