Tumis Rebus Belacan Ubi & Pucuk Ubi

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

TERKENANG SEMASA DULU, ini lah menu yg paling sedap yg pernah sy rasa. Dulu, hidup kami tak lah sesenang mana pun spt org lain tetapi alhamdulillah kami adik beradik cukup bahagia. Dlm kami bahagia tu kami tak pernah pun terfikir sama ada mak & arwah bapak kami pd ketika itu sama ada bahagia atau tidak? Ya lah hidup di usia sebegitu memang tak pernah terlintas di fikiran pun tentang masalah. Sebab jika ada masalah, mak bapak lah yg akan cuba selesaikan masalah tu. Bila dah jadi ibu kpd anak² & jadi isteri kpd seorg suami, sekarang baru lah sy faham erti kehidupan mak bapak kita dahulu. Bagaimana mereka nak tengok anak² mereka hidup dlm serba mencukupi. Sanggup berkorban segala nya walaupun diri sendiri tengah ada masalah.
Kami 8 orang adik beradik, bapak pula kerja operator telefon di hospital kerajaan. Byk mana lah sgt gaji nya? Tambang bas ulang-alik dri rumah ke tempat kerja, belanja mkn minum lgi. Duit anak² sekolah & sbgai nya. Mak surirumah jer. Kdg bapak ambil upah buat lukisan mural, mengajar remaja2 bermain badminton, membaiki raket badminton & merekacipta logo. Mak pula ambil upah basuh pakaian jiran2 yg bekerja. Semua tu buat menambah pendapatan keluarga kami. Mak jg bercucuk tanam di kwsn depan & tepi rumah kuarters tempat kami tinggal. Apabila hujung bulan kami jarang dpt mkn daging atau ayam. Kami akan mkn ikan kering & hasil tanaman mak. Ini lah menu yg mak selalu buat untuk kami kalau hujung bulan. Adeh.. Habuk masuk mata la pulak 🥺😢

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 bijiubi kayu (saiz sederhana besar)
  2. 1 ikatpucuk ubi kayu
  3. 5 bijibawang ros*
  4. 3 ulasbawang putih*
  5. 1 batangserai (diketuk)
  6. Sejemputikan bilis (dibersihkan)*
  7. 2 bijicili padi*
  8. 1 bijicili merah*
  9. 3 incibelacan (dibakar)*
  10. Sedikitminyak masak untuk menumis
  11. Secukup nyaair
  12. Secukup rasagaram
  13. Secukup rasaajinomoto

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas kulit ubi dan cuci bersih dan ketepikan. Pucuk ubi direndam bersama air dan sedikit garam dan biarkan 15 minit, cuci bersih, ramas-ramas dan toskan.

  2. 2

    Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan tumis hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan air dan ubi kayu yang telah dipotong kecil.

  3. 3

    Masak hingga ubi empuk, (jika ubi belum empuk, boleh tambah lagi air.) Waktu ni bau nya memang menyelerakan, saya siap ambil buah ubi tu dan ratah. Masukkan pucuk ubi apabila ubi nya telah empuk dan masak lagi hingga pucuk ubi nya betul-betul masak, perasakan dengan garam dan ajinomoto. (nak letak maggi cukup rasa pun boleh kalau nak skip ajinomoto)

  4. 4

    Tutupkan api dan boleh lah dinikmati. Kalau nak lebih kuah boleh tambah. Sedap woo makan dengan nasi putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Lauk simple macam ni la yang terpaling selera mengadap, sampai bertambah nasi. Walaupun makan tak mewah, tapi sebab dimasak dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan keberkatan, ia tetap sedap sampai kita terkenang-kenang sampai sekarang walaupun dah hidup senang.

Resipi Sepertinya