Mee Bandung Tulang Wolverhampton

lynginovi
lynginovi @cook_15767741

Why do I name this recipe Mee Bandung Tulang Wolverhampton? Sebab I created this recipe semasa saya belajar di Wolverhampton, UK dahulu. Memang menjadi makanan kegemaran teman-teman saya dahulu.

Mee Bandung Tulang Wolverhampton

Why do I name this recipe Mee Bandung Tulang Wolverhampton? Sebab I created this recipe semasa saya belajar di Wolverhampton, UK dahulu. Memang menjadi makanan kegemaran teman-teman saya dahulu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6biji bawang merah
  2. 3 ulasbawang putih
  3. 2sudu besar cili boh
  4. 2paket kecil serbuk kari
  5. 6sudu besar sos tomato
  6. 6sudu besar sos tiram
  7. 2kiub pati lembu
  8. 2biji besar kentang
  9. 6ketul (atau lebih) tulang lembu
  10. 1bungkus mee kuning
  11. 3biji telur
  12. Garam secukup rasa
  13. Sayur pilihan - sawi, kobis
  14. Tomato, daun bawang, hirisan cili merah, limau perut untuk hiasan
  15. 2 kepingtahu goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Bawang putih dan merah dikisar

  2. 2

    Telur dan kentang direbus berasingan

  3. 3

    Tulang direbus di dalam periuk dalam lebih kurang 2 liter air sekurang2nya 2 jam. Tambah air sekiranya sudah kurang.

  4. 4

    Tumis cili boh, serbuk kari dan bawang yang sudah dikisar. Setelah garing, dimasukkan sos tomato dan sos tiram.

  5. 5

    Bahan-bahan yang sudah ditumis dimasukkan ke dalam air rebusan tulang yang sudah mendidih. Dimasukkan juga kiub pati lembu.

  6. 6

    Kentang yang sudah direbus dilenyek kemudian dimasukkan ke dalam kuah yang sedang masak di atas dapur.

  7. 7

    Sementara itu, mee kuning dan sayur boleh dicelur sehingga air mendidih.

  8. 8

    Apabila kuah sudah masak mengikut kepekatan yang diinginkan, api boleh dipadamkan dan makanan boleh dihidangkan.

  9. 9

    Mee bandung tulang dihidangkan dan dihiaskan dengan telur rebus, tahu goreng, daun bawang, tomato serta cili merah.

  10. 10

    Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
lynginovi
lynginovi @cook_15767741
pada

Resipi Sepertinya