Mee Bandung Bujang

Maizatul Fadzilah
Maizatul Fadzilah @Mai_fadzilah82
Puchong Selangor

Mee bandung resepi simple saya main campak2 aje terus jadi rasa pun ok.😉

P/S :boleh gantikan udang dengan ayam atau daging. Janji mesti kena rebus sebab saya suka guna air rebusan sebagai kuah mee bandung. Sekian 😘

#dudukrumah
#stayathome

Mee Bandung Bujang

15 orang bercadang membuatnya

Mee bandung resepi simple saya main campak2 aje terus jadi rasa pun ok.😉

P/S :boleh gantikan udang dengan ayam atau daging. Janji mesti kena rebus sebab saya suka guna air rebusan sebagai kuah mee bandung. Sekian 😘

#dudukrumah
#stayathome

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
2 orang
  1. Mee kuning 1/2 bungkus (mee di celup dengan air panas)
  2. Bahagian A
  3. Bawang merah 5 biji
  4. tomato 2 biji
  5. Cili padi 6 biji (tak nak pedas boleh kurangkan)
  6. Bahagian B
  7. Sos tomato 4 sudu besar
  8. Cili boh 2 sudu besar
  9. Sos tiram 1 sudu besar
  10. Sayur sawi ikut citarasa (nak banyak ke sikit terpulang)
  11. Lobak 1 biji (potong panjang2)
  12. Taugeh ikut citarasa
  13. Bebola ikan 5 biji (potong 1/2)
  14. Telur 2 biji
  15. 1 literAir
  16. Udang sederhana 10 ekor (kupas kulit jangan buang)
  17. Garam (secukup rasa)

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Rebus kulit udang dengan air 1 liter.

  2. 2

    Kisar bahan bahagian A dan tumis hingga garing.

  3. 3

    Selepas garing bahan A masukkan cili boh hingga pecah minyak.

  4. 4

    Kemudian sos tomato + sos tiram + udang. Akhir sekali air rebusan udang

  5. 5

    Bila sudah mendidih masukkan bebola ikan + lobak tunggu 2 minit masukkan sayur sawi

  6. 6

    Seterusnya telur + taugeh. Garam akhir sekali agak2 ikut rasa masing2.

  7. 7

    Dah siap boleh tuang di atas mee. Selamat menjamu selera 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Maizatul Fadzilah
Maizatul Fadzilah @Mai_fadzilah82
pada
Puchong Selangor
polite & positive.suka fikir cara memasak paling mudah.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya