Cara Memasak
- 1
Potongkan ayam saiz sederhana, cuci bersih dan rendam dalam ayer dengan sedikit garam
- 2
Tuang minyak dalam kuali, panaskan. Gorengkan ayam sampai separuh masak.. simpan ketepi.
- 3
Kisarkan bahan2 bawang besar, bawang puteh, halia, serai
- 4
Gunakan 1 cawan minyak gorengan ayam tadi untuk menumis bahan kisaran tadi sampai naik bau, masokkan cili giling dan tumis lagi...masokkan sos tomato, sos cili, biar sampai mengeledak.
- 5
Masok kan ayam yang di goreng tadi, masokkan gula dan garam secukup rasa..Gaul rata, bila dah masak hidangkan dengan nasi atau roti.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ayam masak merah Ayam masak merah
Dapat resepi ni dari mak. Sukatan main agak-agak je. Baru la melayu. Kehkeh Abrar Shafie -
-
Nasi Putih Dan Ayam Masak Hitam #phopbylinimohd #task1 Nasi Putih Dan Ayam Masak Hitam #phopbylinimohd #task1
Menu pilihan keluarga. Sekali rasa pasti nak lagi. Mudah disediakan.#CookpadMalaysia#phopbylinimohd#task1 Roselina Hanid -
Ayam Masak Merah Ayam Masak Merah
#goldenapron2020#minggu17Kalau nak masak menu nie, saya terpaksa masak banyak sebab anak-anak suka. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi beriani, nasi minyak atau nasi himpit. Rasanya yang pedas dan manis buat kita nak ratah jea.Resepi ini diajar oleh seorang kawan baik, kawan satu ofis dulu, bekas pensyarah iaitu kak Nurul. Sekarang dia ada butik pakaian 'Nisa Yasmin Creations Boutique' di Sungai Buloh. Kalau masuk sana susah saya nak keluar sebab pakaian dan interior dalam tu cantik giler🙈Uoll cuba la pergi sana, pasti terpikat 😍Terima kasih kak Nurul sebab kongsi resepi dan ajar cara masak nak bagi sedap. Sejak dapat resepi nie, bertahun ulang masak.Cuma saya ada olah sikit resepi ikut citarasa sendiri 😍 Noor Hassan -
Ayam masak merah Ayam masak merah
#bazaarramadan #minggu3#goldenapron2020 #minggu2Oleh kerana anak-anak masih kecik, menu ayam masak merah untuk berbuka ni versi kurang pedas. Ibu teringin nak makan ayam sambal/masak merah. Anak pula pantang tengok warna merah,semua dikatanya pedas. Ibu lebihkan sos cili dan sos tomato berbanding cili giling. Liana Nick -
-
-
-
-
Ayam Masak Lemak Kuning Ayam Masak Lemak Kuning
#goldenapron2020Sebenarnya ayam bukanlah pilihan utama saya kalau memilih untuk dimakan bersama nasi. Saya lebih suka masakan daging.Tetapi menu yang satu ini, saya tak mampu menolaknya. Sangat kena dengan selera saya. Saya akan makan bersama sambal belacan dan ulaman. Memang tak cukup sepinggan.Saya dulu memang tak pandai masak ayam lemak kuning ni. Memang tak pernah masak sebelum berkahwin. Setelah berkahwin, keluarga mertua sering menghidangkan menu ini. Dari situlah saya belajar. Tak belajar secara khusus, cuma hanya tengok cara ipar sediakan resepi untuk menu ni. Jadi, saya praktiskan dirumah sendiri.Resepinya Mudah dan sedap! Zarns Dir
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/7546264
Komen