Lontong Sambal Bilis

Nadirah Nadzam
Nadirah Nadzam @cook_16562516

Resepi yang mudah, ringkas dan tak memerlukan waktu yang lama utk menyiapkannya. Resepi ini disyorkan untuk 1-2 hidangan. Jika lebih, gandakan sahaja.

Lontong Sambal Bilis

6 orang bercadang membuatnya

Resepi yang mudah, ringkas dan tak memerlukan waktu yang lama utk menyiapkannya. Resepi ini disyorkan untuk 1-2 hidangan. Jika lebih, gandakan sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

Anggaran 30 minit
1-2 hidangan
  1. 6paket ketupat mini segera (pelbagai jenama)
  2. 1 kotakkecil santan (pelbagai jenama)
  3. 1/2 batanglobak merah di potong jejari
  4. 1/4kobis dipotong sederhana kasar
  5. 2 kepingfucuk direndam dlm air
  6. Sedikitsuhun direndam dlm air
  7. 2 kepingtauhu dipotong dadu
  8. 1jag kecil air (ikut tahap kepekatan kuah yg diingini)
  9. Sedikitgula & garam utk perasakan ia
  10. 2 kepingasam gelugur (jika mahu)
  11. 2 ulasbawang putih dikisar halus
  12. 3 ulasbawang merah dikisar halus
  13. 2 batangserai diketuk
  14. Sedikitserbuk kunyit
  15. 2biji telur ayam direbus masak (diletak berasingan)
  16. Sambal ikan bilis
  17. 4 ulasbawang besar dikisar halus
  18. 3 ulasbawang putih dikisar halus
  19. 3-4sudu besar cili boh/cili paste
  20. Segenggam ikan bilis dibasuh bersih dan dibuang isi perut
  21. Sedikitair asam jawa
  22. Sedikitgula & garam sebagai perasa
  23. Sedikitminyak utk menumis

Cara Memasak

Anggaran 30 minit
  1. 1

    Rebus nasi impit sehingga masak, biarkan sejuk.

  2. 2

    Masukkan semua bahan ke dalam periuk, buka api kecil dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika. Perasakan dgn gula dan garam. Siap dihidang.

  3. 3

    Utk sambal ikan bilis. Tumis bawang besar dan bawang putih yg sudah dikisar hingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan cili boh/cili paste, tumis sehingga pecah minyak.

  5. 5

    Masukkan sedikit air asam jawa dan ikan bilis. Gaul sebati.

  6. 6

    Perasakan dgn gula dan garam. Siap dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nadirah Nadzam
Nadirah Nadzam @cook_16562516
pada

Komen

Resipi Sepertinya