Ikan Masak Kicap #phopbylinimohd

Nurul Razali @nurulrazali_82
Sejak kecil menu berkicap memang pilihan pertama saya. Tidak kira waktu berbuka atau sahur ia tetap menyelerakan.
Ikan Masak Kicap #phopbylinimohd
Sejak kecil menu berkicap memang pilihan pertama saya. Tidak kira waktu berbuka atau sahur ia tetap menyelerakan.
Cara Memasak
- 1
Ikan dilumur garam & kunyit. Goreng dan ketepikan. Guna minyak ikan tadi dalam 2 sudu besar. Tumis bawang dan halia.
- 2
Kemudian masukkan asam keping, cili, lada hitam, air, kicap dan sos tiram. Biar mendidih. Masukkan ikan.
- 3
Tambahkan kicap sikit lagi, letak garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah jadi pekat dan pecah minyak. Siap dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Sotong Tin Masak Kicap Sotong Tin Masak Kicap
Kadang-kadang waktu sahur memang tak berselera nak makan kan? Jadi menu di atas ni memang selalu ada dalam menu list sahur saya sekeluarga. Walaupun mudah tapi cukup membuatkan suami dan anak-anak berselera ketika sahur. Nurul Razali -
Ayam Kicap #phoPbyLiniMohd Ayam Kicap #phoPbyLiniMohd
Menu pembuka selera. Masak pon cepat. Tidak renyah. Boleh dihidang sewaktu berbuka atau sahur. Moh lihat resepi dibawah👇👇👇 Puan puan boleh la cuba😊 Ell Sakimin -
Ikan Bawal Kicap Halia Garing Ikan Bawal Kicap Halia Garing
Menu simple dan sangat ringkas...tapi sangat menyelerakan tambah pulak dengan hirisan halia yang garing memang pembuka selera dikala bersahur Xperlu lauk lain memang laju dgn kuah kicap sikit2 tu dah cukup untuk makan sahur yang mengeyangkan...resipi ini akk cidot dari IG Master Chef ChefAdu...tapi akk mcm biase lah behave n ejas ikut selera sendiri...jom save menu simple ini ada tip n cara yg paling menyenangkan untuk msk ketika sahur akk share.😍❤️ Aza Aaj -
Sambal Peria Bilis #phopbyLiniMohd #menuberbuka Sambal Peria Bilis #phopbyLiniMohd #menuberbuka
Sambal adalah peneman setia Nasi putih dan aneka lauk pauk. Ia menambah selera tatkala menikmatinya. CN pasti menu kampung ini dirindui selalu. Sungguhpun pedas ‘berapi’, ia tetap pilihan hati. 🙈😂 Apatah pula terkenang menikmatinya bersama seisi keluarga saat berbuka puasa.Selamat mencuba ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ayam Masak Kicap #phopbylinimohd #menuberbuka Ayam Masak Kicap #phopbylinimohd #menuberbuka
Menu ni merupakan kesukaan saya dan suami. Sedap kalau makan dengan nasi panas. Kami berdua suka masak kicap kering. Menu ni juga membantu kami makan waktu sahur Mdm Kelly -
Taugeh goreng kicap Taugeh goreng kicap
Goreng sayur taugeh ni memang senang.Makan dengan nasi panas memang menyelerakan bila makan waktu sahur Zieta Ali -
Bihun Ramdani19 #PinkBoxCereal Bihun Ramdani19 #PinkBoxCereal
Bihun ni resepi arwah mak .. Lebih lazat bila dimakan waktu bulan puasa tidak kira berbuka ataupun sahur .. Mudah dan cepat disediakan Ieyna Wanzainuddin -
Telur Masak Kicap Ringkas Telur Masak Kicap Ringkas
Seingat saya, ini masakan terawal saya belajar dari Mak sewaktu tingkatan 1. Waktu itu, Mak dah mula beri kepercayaan kepada saya untuk memasak lauk-pauk ringkas tanpa pantauan beliau/orang dewasa.Mak dan Abah bekerja dalam sektor awam, dan rutin mereka sejak awal berkahwin lagi adalah makan tengah hari di rumah. Sejak kecil kami ada pembantu rumah, jadi Mak akan memasak laju-laju waktu balik tengah hari setelah bahan-bahan disediakan oleh pembantu rumah kami.Tapi, sejak berpindah daerah lain ketika saya tingkatan 1, kami tiada lagi pembantu rumah. Dan الحمد لله saya minat bantu Mak di dapur, lama-lama ada keberanian untuk memasak sendiri.Jadi, saya bertugas untuk memasak makanan tengah hari (biasanya nasi dan 1 jenis lauk mudah) sebelum saya bergerak ke sekolah sessi petang. Mak dan Abah akan balik pada jam 1-2 petang untuk makan masakan yang sudah saya siapkan dan bersolat Zuhur di rumah.Lauk Telur Masak Kicap ini memang betul-betul mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi panas. Lauk ni masih lagi menjadi juadah sekeluarga waktu emergency selain telur goreng.Untuk yang baru-baru nak belajar masuk dapur, saya sarankan untuk memasak resepi ini. Selamat mencuba!#goldenapron#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Sambal penyet Sambal penyet
Bila teringat ramadhan macam² persiapan Ibu² kena buat,salah satu kena pandai atur waktu didapur supaya senang & waktu memasak tidak terlalu lama & Ibu² boleh tumpukan pada Ibadah yang wajib☺️Sambal adalah menu utama pilihan waktu berbuka & boleh dikatak menu pemikat selera sesiapa saja😋Ramadhan 2025:Challenge 1#ReadyForRamadan ZuitaAisyah -
Paru Goreng Berlado #phopbylinimohd Paru Goreng Berlado #phopbylinimohd
Salah satu menu kesukaan kami sekeluarga. Sesuai untuk waktu berbuka dan sahur. Mdm Kelly -
Nasi Ayam Thai (Khao Man Gai) Nasi Ayam Thai (Khao Man Gai)
Nasi Ayam merupakan antara fav menu saya sebab mudah disediakan. Menu berbuka puasa sunat bulan Zulhijjah. Mungkin tak sama dengan resepi asal daripada Thailand. Sebab saya tiada taucu untuk sambalnya. Tapi saya olah dengan cara saya dan hasilnya memang tetap menyelerakan.#goldenapron2020 Mizzanem -
Ikan Tenggiri Masak Cuka Ikan Tenggiri Masak Cuka
#goldenapron2020 #minggu7Menu masak cuka ni adalah menu kesukaan saya dari kecil lagi. Jika rasa kurang selera nak makan, menu masak cuka adalah salah satu menu yang jadi pilihan utama kerana rasa yang masam-masam bersama dengan bahan-bahan tumisan yang berbau harum Aziela Amin
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/8511195
Komen