Telur Bungkus Isi Ayam #MunahMasak

Roshayati Ibrahim
Roshayati Ibrahim @cook_17106153

Hari ni dah masuk hari ke 20 Ramadhan. Ibu dah pening nak masak apa. Tengok dalam peti ais ada isi ayam & telur. Korek - korek mana yang ada dalam peti ais lagi. Ada carrot. Maka jadi lah telur bungkus isi ayam. Di gandingkan dengan tom yam. Sedap jugak oii...di makan dengan nasi panas. Tambah - tambah makan semasa kita lapar. Semuanya nikmat. Alhamdulillah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. Bahan - bahan :
  2. Isi ayam (2 keping dada)
  3. 3biji telur
  4. 1/2labu bawang holland - dipotong dadu
  5. 1 ulasbawang putih - dimayang
  6. 1/2 batangcarrot dipotong dadu @ boleh juga guna sayur campur
  7. 4sudu besar sos cili
  8. 2sudu besar sos tomato
  9. 2sudu besar sos tiram
  10. Sedikitserbuk lada hitam
  11. Sedikitgaram
  12. Minyak masak
  13. Sedikitgula

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih & bawang holland.

  2. 2

    Masukkan isi ayam.

  3. 3

    Masukkan carrot

  4. 4

    Masukkan semua jenis sos.

  5. 5

    Masukkan sedikit serbuk lada hitam, sedikit garam dan gula.
    Bila dah sebati tutup api dan inti untuk telur bungkus dah siap.

  6. 6

    Masukkan sedikit garam ke dalam telur. Kepuk - kepuk telur tersebut.

  7. 7

    Letakkan sedikit minyak. Bila dah panas, masukkan separuh telur tersebut. Buat macam telur dadah tapi nipis je.

  8. 8

    Letakkan isi ayam tadi. Gulung telur tersebut.

  9. 9

    Dah siap 2 biji telur bungkus.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Roshayati Ibrahim
Roshayati Ibrahim @cook_17106153
pada

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya