Apam Gula Hangus

Selain kek gula hangus,apam gula hangus juga menjadi pilihan saya.Walaupun zaman sekarang ni banyak pilihan kuih-kuih moden dan menu-menu hipster,makanan tradisional juga akan tetap nombor 1 pilihan saya.
Apam Gula Hangus
Selain kek gula hangus,apam gula hangus juga menjadi pilihan saya.Walaupun zaman sekarang ni banyak pilihan kuih-kuih moden dan menu-menu hipster,makanan tradisional juga akan tetap nombor 1 pilihan saya.
Cara Memasak
- 1
Mula-mula sekali,kita perlu buat gula hangus.Tuangkan gula ke dalam periuk.Masak gula dengan api yang kecil sehingga cair dan keperangan.
- 2
Apabila gula sudah cair sepenuhnya tanpa ada butiran pasir gula,masukkan air panas ke dalam periuk yang berisi gula hangus tadi.Ketika kita ingin menuang air panas ke dalam periuk,hati-hati ya kerana gula sangat panas.Bila kita tuang air,wap serta-merta naik.Saya memilih menggunakan sauce pan sebab ada pemegang yang panjang.Masak gula yang dicampur air itu sehingga gula larut.Matikan api dan sejukkan.
- 3
Panaskan periuk kukus.Alaskan kain dan ikat pada penutup periuk kukusan.cara ini untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas adunan nanti.
- 4
Sementara menunggu air kukusan menggelegak,kita sediakan bahan adunan.Masukkan telur,minyak dan marjerin ke dalam mesin pengisar(blender).Kisar campuran sehingga sebati.
- 5
Kemudian masukkan air gula hangus dan kisarkan lagi.
- 6
Kemudian,kita masukkan soda bikarbonat dan tepung.Kisar hingga sebati.Selepas itu,tapiskan adunan.
- 7
Tuang adunan ke dalam acuan pilihan anda.Pastikan kita oleskan minyak pada keliling acuan.Ini kerana untuk mengelakkan apam melekat pada acuan.
- 8
Kukus adunan selama 15minit.Masa mengukus bergantung dengan acuan apa yang kita gunakan.Saya menggunakan acuan kecil.
- 9
Bila apam sudah masak,keluarkan dari acuan perlahan dan letak diatas redai untuk sejukkan.
- 10
Selamat mencuba ☺️
Resipi Sepertinya
-
Kek Gula Hangus Noxxa Kek Gula Hangus Noxxa
Kek gula hangus atau lebih di kenali dengan nama kek sarang semut mungkin di sebabkan lubang-lubang yang terdapat pada permukaan kek.Kek ini tak perlu perap. Penyediaan kek juga mudah. Cuma untuk mendapatkan rasa caramel, perlu menjaga api. Api perlu perlahan supaya gula tidak hangus. Sekiranya gula hangus, kek akan berasa pahit. Nana Isya -
Apam Gula Hangus Apam Gula Hangus
#bazaarramadan #goldenapron2020 Ramadan-19: Marathon di dapur harini. Macam biasa semua kerja dari penyedian bahan sampailah mengemas dapur buat sendiri je 🙂.Menu terakhir untuk harini, apam gula hangus. Buat benda yang mudah. Boleh multitasks buat 2-3 benda dalam satu masa 😁.Resipi ni saya ambil dari blog kak @surianti_kitchen. OK lah. Tak dapat banyak sangat pun. Tak perlu saya nak simpan leftovernya berhari-hari. Tqvm Kak Su ❤️.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Apam Gula Hangus Apam Gula Hangus
Kuih ni Aznie buat untuk minum petang tadi. Lama tak buat apam gula hangus. Puas dapat makan bila buat sendiri. Kuihnya lembut dan juga gebu. Tak rugi mencuba Aznie Khasri -
Kek gula hangus Kek gula hangus
Ziana kalau bab kek memang lemah semangat sikit nak buat sebab asyik terbantut je kejadiannya.Tetapi kalau kek gula hangus ni memang mudah sangat dan pasti menjadi walaupun 1st trial.Antara banyak² kek , kek gula hangus memang kegemaran ziana dari zaman kecil lagi.Resepi ni juga dari perkongsian adik ziana. Dan menjadi salah satu menu yang sering ziana buat untuk makan waktu petang.#kekgulahangus Ziana Chesaad -
Apam Gula Hangus Apam Gula Hangus
85/2022/RoadtoWorldRecipes/1203❤️Kuih For 2❤️ #Misi4 CookRaceKuih ni dah sebelum Ramadan lagi teringin nak buat. Alhamdulillah hari ke15 Ramadan berjaya buat juga☺️.Resipi ni hakak tengok di fb Kak Anie Hamid @anieschoc941994 . Cuma dari resipi tu hakak buat 1/2 adunan (hat ni jenuh kira £&@“/:? Untuk bahagikan adunan tu🤣🤣🤣🤣). Tiber terasa apa yang belajar mate kat sekolah dulu berguna pulak😆.Cuma persoalannya memang apam gula hangus nk rasa sedikit pahit ehh😅. Idak pernah makan, tapi teringin. Tu cuba buat tu. Dari segi rasa bagi hakak sedap cuma di hujung2nya ada rasa sedikit pahit🤭. Memang rasa dia begitu ehh😅 Salina Jalaludin -
Apam Gula Hangus Apam Gula Hangus
Apam Gula Hangus.. suka dengan apam yang satu ni... lembut sangat...#goldenapron #1post1hope Aznie Khasri -
Kek Gula Hangus (Rice Cooker) Kek Gula Hangus (Rice Cooker)
#ChooseToCook #HackYourRiceCookerFaa ada pengalaman buruk dengan kek gula hangus atau nama lain dia kek sarang semut ni.Masa kecik, faa pergi rumah kawan ummi, dia hidangkan kek ni. Sebab masa tu kecik lagi, nampak kek ni unik lain dari yang lain, faa excited nak makan. Tapi first bite 🤢. PAHIT! terus faa trauma nak makan kek ni.Sampai laa dah besar, bila tengok ingredient kek ni, ada soda bikarbonat. Ooo masa kecik yg aku makan tu mungkin ketulan sudu besar yang tak hancur.Jadi, disebabkan terlalu ingin tahu rasa kek ni yang sebenar yang digemari ramai, faa #choosetocook sendiri kek ni.First time buat, failed. Bakar guna oven. Rupa kuih bingka. Takde sarang.2nd attempt, try yang kukus dan kena peram berejam jam. End up, masih sama. Bantat. Takde lubang2 kehidupan.Kali ketiga, terjumpa resipi simple kat Google. Empunya resipi, Encik Azizi Rais dari website majalah rasa. Guna rice cooker je. Ok nekad nak try. Sebab senang. Tak perlu peram peram. And guna rice cooker.Dan faa try. Alhamdulillah, menjadi. Dan sampai sekarang, guna resipi ni je kalau nak makan kek gula hangus.Ni faa guna rice cooker kecik. Kalau guna rice cooker saiz biasa, gandakan resipi, kalau tak, leper. Kakak Faa -
Apam gula hangus Apam gula hangus
Apam ni sedap bila makan waktu petang dengan air kopi panas.. Tambah pula time2 hujan.. Nawwar Aisya -
Kek Gula Hangus Kek Gula Hangus
Uchu suka kek gula hangus a.k.a sarang semut ni. Sebenarnya dah beberapa kali Uchu try resepi berbeza kek ni dalam cookpad ni.Cc: @izzah_mansor87 Sesimple Loralin -
Kek Sarang Semut Kek Sarang Semut
Kek Sarang Semut ni viral jugak kan masa PKP 1. 0. Saya pernah up juga satu resepi kek sarang semut masa tu.Kali ni saya cuba resepi Cookpader Zieta Ali.Cuma kek saya ni tak mau bersarang pulak dia. Maybe ada step yang saya tersilap.Tapi takpa, makan sedap juga. Dia jadi kek gula hangus gitu.. 😁#500resipi Norashikin Rahmat -
Kek Gula Hangus Tanpa Perap @ Kek Sarang Semut Kek Gula Hangus Tanpa Perap @ Kek Sarang Semut
🍽592🍽👩🍳26/2023👩🍳Kek Gula HangusKek Legend ,Kek gula hangus atau lebih popular dipanggil kek sarang semut kerana rupa kejadian kek ini bersarang atau berongga seperti sarang semut.Bila digigit terasa lemak berkrim mentega dan manis gula hangus yang sangat sedap.Teksturnya yang kenyal-kenyal dan lembut membuatkan ramai yang suka akan citarasa kek legend ini termasuk anak muda.Kek sarang semut ini boleh dihasilkan dua version.Bakar atau kukus namun ia tetap dipanggil Kek gula hangus atau kek sarang semut .Ummi pernah recook resepi Kek Sarang Semut ini dari cookpader @izzah_mansor87 .Resepi kek gula hangus ini tidak perlu diperap 3@4 jam seperti resepi2 lain.Ia cepat dan mudah siap diadun terus dibakar.Ternyata ia menjadi dan cantik hasilnya.Untuk rasa lebih lemak berkrim ummi guna pure butter 👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Apam Gula Hangus Sukatan Cawan Apam Gula Hangus Sukatan Cawan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Cookpaders 😍Sy try and error je mula2 dulu sbb sejenis tgn keras kejung. Mmg x bpe pndai buat kuih..Tp bile gune resepi nih..mmg menjadi dan sy guna utk buat kuih jualan harian..Selamat mencuba 😍Izinkan sy tag kak @gula_apong ❤ Kak Yong Fatin
Lebih Banyak Resipi
Komen