Resepi Rendang Daging

Menu hidangan yg tak ditelan dek zaman ... Masakan rendang yg sangat mudah dimasak. #Johor
Resepi Rendang Daging
Menu hidangan yg tak ditelan dek zaman ... Masakan rendang yg sangat mudah dimasak. #Johor
Cara Memasak
- 1
Kisar bawang, halia, lengkuas, isi kunyit dan ketepikan. Tumbuk jintan manis dan jintan putih.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar beserta bunga lawang, kayu manis, serai. Masak sehingga naik bau. - 2
Masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak
- 3
Masukkan daging, kacau rata dan biarkan ianya mendidih
- 4
Masukkan kerisek dan seterusnya tuangkan santan yang telah diperah.
- 5
Biarkan dia mendidih dan daging empuk.(Masa ni nak tinggalkan pi buat kerja lain pun takpe) bila dia makin kering, saya topup air sikit2.
Bila dia dah semakin pekat, naik minyak dgn cantik..daging dah empuk baru masukkan daun kunyit dan daun limau...ltk garam dan gula secukup rasa..masak sekejap bagi rasa dia mesra baru tutup api. Siap
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Rendang Daging Istimewa Rendang Daging Istimewa
#goldenapron2020 #cookpadmalaysiaAssalamualaikum.. hari ini saya ingin kongsikan resipi Rendang Daging Istimewa. Apa yang istimewa sangat tu? Saya pun tak pasti tapi ramai suka dengan masakan rendang saya.Ramai kenalan saya pelbagai bangsa terutama kenalan rapat saya yang saya panggil "Uncle". Beliau berbangsa cina dan menetap di Australia. Sewaktu uncle pulang ke Malaysia, saya saja je masakan rendang dan bagi uncle rasa, tak cakap banyak terus mintak resipi 😂 Kenangan tak dapat dilupakan.Saya percaya ada pelbagai versi masakan rendang dan setiap orang lain citarasa dan ada resipi tersendiri. Jadi di sini saya akan kongsikan resipi rendang saya dan semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Dapur Chef Husnil -
Rendang Sate Daging Rendang Sate Daging
Rendang Sate Daging.Inilah juadah raya yang faa masak 1 Syawal hari tu.Rendang paling simple dan Insyallah sedap.Pokwie puji taw 😍.Kaedah yang senang, tanpa minyak, takyah daun daun kunyit, takyah daun limau.Memang rasa sate tapi versi rendang. Kakak Faa -
Kalio Daging #(Maraton Ramadhan) Kalio Daging #(Maraton Ramadhan)
Kalio ialah salah satu masakan Minang yg terkenal dan disukai ramai. Hampir serupa dgn rendang tapi kalio tak perlu dimasak lama hingga kering seperti rendang. Penggunaan bahan2 dan rempah ratus yg beragam menambah kesedapan hidangan ini dan aroma yg sangat menyelerakan 😋. Sesuai dihidang bila2 masa dimakan bersama nasi atau ketupat dan lontong. Eka Zahra -
Rendang Daging Batang Pinang Rendang Daging Batang Pinang
#selangor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySi adik dah pesan sebelum pergi sekolah.“Mummy, nanti i nak rendang dengan pulut kuning”Si kakak pun mencelah, “i pun nak !!!”Gara- gara si adik bawa pulang rendang ayam dan pulut kuning sempena harijadi kawan di sekolah. Agaknya tak puas makan sebab tu minta sajian yang sama. Cuma kali ni saya tukar kepada daging batang pinang yang dibeli suami di pasar kelmarin. Saya sangat tersentuh dengan si adik, katanya dia menyimpan pulut kuning dan rendang yang diberi temannya untuk dibawa pulang. Hanya kerana ingin makan bersama saya. Yang paling membuatkan saya rasa terharu, katanya lagi semua teman-temannya makan beramai-ramai. Sedangkan dia hanya melihat temannya menikmati sajian kegemaran dia. Disimpan rapi makanan itu supaya tidak terjatuh. Sampai di rumah, saya hidangkan dan makan bersama. Saya hanya makan sesudu sebab takut Dia tak puas makan. Apatah lagi di kongsi bersama si kakak.Bersungguh saya masak hari ni supaya anak-anak puas makan rendang dan pulut kuning. Semoga hidangan yang saya masak hari ini penuh dengan kasih sayang. Alhamdullillah anak-anak kata “sedapnya rendang daging ni”Puas hati seorang ibu bila melihat anak-anak gembira menikmati air tangannya. Saya percaya semua ibu di luar sana berasa sama seperti saya.Jangan sedih ya bila baca kisah ni. 😊 Gyna Elenna -
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang di hari raya. Nampak cliche je kan? Tapi kalau takde rendang rasa tak lengkap raya kita. Jom kita bikin rendang daging. Resipi anti gagal. Very straightforward. Sangat mudah. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak hingga siap!#allaboutaidiladha Hayati Hamdan -
Rendang Ayam Rendang Ayam
#goldenapron#mingguketujuh#1post1hopev2Kalau raya mesti tak akan tertinggal masakan rendang.Tak kiralah rendang ayam,daging atau pun kerang.Mesti rendang akan jadi hidangan utama ketika menjelang raya.Kadang-kadang bila hari biasa pun kita rindu rendang.Makan dengan nasi pun terasa nikmatnya.Jom cuba resipi Rendang Ayam resipi saya yang biasa-biasa saja tapi nikmat kelazatannya ya ampunnnnn..!!😂 Gyna Elenna -
Rendang Daging Rendang Daging
Citer tentang rendang pasti semua tahu resepinya atau pandai mencari resepi dari onlinekan.akak nak kongsi resepi peribadi sebagai mak yang dah terima menantu gitu.kira resepi warisan famili akak ok. Miss Bola Ummi -
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang amat popular di Malaysia lebih² lagi waktu Raya Puasa Dan Haji..Sedap Di makan bersama pulut ,lemang ,nasi putih maupun ketupat.. Anur Musa -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Rendang ayam yg sy masak ni adalah versi paling cepat, mudah dan senang. Sy guna je apa yg ada kt dapur. Sy masak cara sy... Tak perlu pening-pening..Cara memasak setiap org berbeza..Rendang pun ada banyak versi.Ada rendang tok, rendang minang, rendang negori dan lain-lain.Mungkin berbeza dari segi bahan, cara memasak atau rasa rendang-rendang berikut...Tak kisahlah mana-mana pun. Yang penting kita raikan setiap masakan org dengan kata pujian dan dorongan agar semua org bersemangat nak memasak 🥰🥳 Noor Atika Mahamood -
Rendang daging tumis Rendang daging tumis
#goldenapron2020#minggu17Pertama kali dalam hidup buat resepi rendang yang ditumis ni.Kebiasaannya,Ain akan masak rendang dengan cara memasukkan semua bahan ke dalam kuali dan reneh sehingga minyak santan terbit dan baru dimasukkan kerisik dan perisa dan sambung masak sehingga kuahnya mengering dan terbit minyaknya.Alhamdullilah...tak kurang hebat rasa rendang daging yang ditumis ini.Janji kita menggunakan bahan asli dan segar pasti hasilnya tidak mengecewakan.Untuk kali ini juga,Ain tambahkan 1 sup bunjut bagi menambah perisa rempah ratus dalam hidangan rendang tumis ini.Yang penting,pastikan cara memasak rendang ini kita kena menggunakan api yang perlahan dan lama masaknya bagi memastikan rendang yang kita masak tahan lama.Selain itu,jangan ditutup rendang yang sudah siap dimasak dan masih panas itu dengan dulang atau tutup periuk.Tutuplah rendang dengan menggunakan tudung saji bagi mengelakkan rendang yang dimasak cepat basi dan rosak.Sesuaikan rasa rendang yang dimasak itu dengan cukup rasa masam,manis dan masinnya.Pasti rendang yang dihasilkan terasa enak dan lazat.Jom,lihat resepinya dan selamat mencuba. Nurain Jalil -
Nasi daging Nasi daging
Lamanya..tak buat nasi ni..sangat la mudah ...dan kerja tak remeh .... 0h Hana !! -
Ketupat Palas dan Rendang Ayam Ketupat Palas dan Rendang Ayam
#unique2u#goldenapron2020Setiap orang berlainan cara sambut raya. Tapi bagi kami yg uniknya mesti ada ketupat palas. Ada ketupat mesti ada rendang. Kalau xde 2 masakan ini memang tak lengkaplah walaupun kuih muih penuh meja.Lebih uniknya ia masak di malam raya. Malam raya adalah malam yg sibuk menyediakan juadah ini. Sama2 berjaga membalut ketupat dan masak rendang. Betapa meriahnya suasana ini. Tiada di waktu2 lainnya.Di sini saya turunkan resepi rendang ayam yg dipadankan dengan ketupat palas. Jom sama2 layan. Rendang ayam dulu kemudian ketupat. Hamidah binti Mokhtar
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)