Masak Lemak Ayam Baker's Cottage

Sebenarnya dah lama nak buat menu yang satu ni.. Ada tengok kat tiktok, nampak senang dan mudah sebab tak perlu nak cuci ayam dan tak kotorkan banyak bekas. Tinggal masak kuah lemak je then masukkan ayam ni. Mudah kan..
Sesuai sangat untuk ibu²/mak² yang bz.. Balik keje pun sempat je masak..

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Kisar semua bahan kisar bersama sedikit air.
- 2
Masukkan bahan kisar ke dalam pan (tanpa minyak) kerana nak matikan air. Tips : Jika tidak dimatikan airnya, nanti bila ditumis, akan merecik-recik. Bila airnya telah kering, barulah masukkan minyak dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
- 3
Masukkan air, santan dan asam keping. Kemudian masukkan kentang yang telah di rebus dan daun limau purut. Tujuan letak daun limau purut adalah kerana nak cut rasa muak santan.
- 4
Akhir sekali masukkan ayam, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kecilkan api biar sebati sambil kacau-kacau kuahnya agar santan tidak pecah.
- 5
Siap untuk dihidangkan.
Tip
Tips ada pada langkah kedua 👆🏻
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Atika Mahamood bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen