Pes Rendang Daging

#69/925/2026
#925/1000
#Ramadan2026
#MenjelangAidilfitri
:
Alhamdulillah siap masak Pes Rendang Daging untuk #MenjelangAidilfitri .Senang kerja bila nak masak sebelum raya nanti,cuma tambah santan pekat dan daging yang siap dipotong kecil,dah boleh terus masak,tak perlu berlama-lama di dapur.Masak hingga pekat korang boleh seimbangkan rasa dan tambah garam @ gula nise sesuai selera.
Pes Rendang Daging
#69/925/2026
#925/1000
#Ramadan2026
#MenjelangAidilfitri
:
Alhamdulillah siap masak Pes Rendang Daging untuk #MenjelangAidilfitri .Senang kerja bila nak masak sebelum raya nanti,cuma tambah santan pekat dan daging yang siap dipotong kecil,dah boleh terus masak,tak perlu berlama-lama di dapur.Masak hingga pekat korang boleh seimbangkan rasa dan tambah garam @ gula nise sesuai selera.
Cara Memasak
- 1
Suapkan bahan-bahannya:
- 2
- 3
Panaskan secukupnya minyak masak.Tumis daun pandan bersama serai hingga wangi / naik bau.
- 4
Masukkan bahan kisar A - lengkuas,kunyit hidup,halia,buah keras,bawang merah dan bawang putih.Tumis hingga layu dan kering.
- 5
Masukkan bahan rempah - serbuk ketumbar,serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis.Kacau rata.
- 6
Masukkan bahan kisar B - cili merah dan cili padi.Kacau.Tumis hingga kering.Masukkan sedikit air tapis,kacau hingga pecah minyak.Ulangi proses yang sama 3 kali.
- 7
Masukkan gula nise dan garam himalaya.Kacau,masukkan kerisik,kacau hingga pecah minyak sekali lagi.Tutup api,siap.
- 8
Biarkan sejuk sebelum diletakkan dalam bekas kedap udara.Boleh difrozenkan (nyahbeku sebelum digunakan) @ disimpan dalam peti sejuk macam biasa sebelum digunakan.
Tip
Sukatan ini untuk 2 1/2 kilo daging.
Sukatan santan pekat yang diperlukan - 2 - 2 1/2 kilo jika guna santan pekat segera.
Semasa memasak rendang nanti perlu ditambah sedikit air jika guna daging biasa.Kalau guna daging batang pinang tak perlu ditambah air lagi sebab ia mudah lembut bila dimasak.
Untuk memudahkan daging dipotong kecil siap-siap,bekukan.Nak guna keluarkan dan nyahbekukan dahulu.
Reneh dengan api perlahan hingga pekat @ kering ikut selera.Tambah garam dan gula nise sesuai rasa.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



















Komen