
Challenge ini telah tamat
Ramadan 2026: Menjelang Aidilfitri 🕌🌙
.
Ramadan makin hujung ni geng… dah mula rasa vibe Menjelang Aidilfitri belum? 🌙➡️✨
.
Yang kat dapur tu macam mana? Dah start fikir nak buat kuih raya dan menu untuk tetamu datang beraya? 😆
.
Kami nak ajak korang share resipi yang korang biasa prepare untuk sambut Aidilfitri.
.
Apa je boleh, kuih raya, rendang/lauk pauk frozen, pati kordial, prep raya macam rendang paste, frozen ketupat/lemang pun boleh sangat!
.
Tak kisah resipi simple atau power. Asal resipi tu memang korang buat bila nak raya, itu la yang paling berharga… sebab ramai kengkawan kat luar sana tengah buat list menu raya jugak. Mana tau resipi korang jadi penyelamat bila last minute kalut.
.
✅ Cara nak join:
Hantar resipi yang korang selalu buat untuk raikan Aidilfitri. Makanan atau minuman, semua diterima.
.
Jom geng… kita meriahkan penghujung Ramadan ni dengan resipi raya masing-masing. Biar semua orang boleh sama-sama plan menu #MenjelangAidilfitri! 💪🧡
.
🔸 Korang boleh hantar seberapa banyak resipi yang korang nak, nak hantar 100 pun boleh.
🔸 Gambar-gambar yang korang guna mesti la korang punya - jangan curi orang lain punya tau.
🔸 Kalau korang nak share link resipi korang kat IG atau FB boleh je tak sapa marah. Yang kita orang marah kalau curi gambar orang lain.
🔸 Kalau korang curi jugak, kita orang akan delete atau sembunyikan resipi korang. Haaa kalau resipi korang hilang 🎵 ha ha tak tau 🎶
🔸 Resipi korang semua kekal tersimpan dengan selamat dalam Cookpad walaupun challenge dah habis.
🔸 Walaupun korang tak boleh guna gambar orang lain, tapi kita orang boleh guna gambar korang untuk tujuan promosi atau mana-mana aktiviti Cookpad eh. Jangan terkejut pulak kalau jumpa gambar korang dalam newsletter, blog atau banner Cookpad.




































