
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Ais Punya Pasal
Panas terik camni, memang jiwa raga mintak sesuatu yang sejuk! Jom sertai challenge Ais Punya Pasal dan kongsikan resepi ais korang yang paling menyegarkan. Air bandung, cincau, sirap limau, ABC, cendol, ais krim homemade, atau kreasi unik korang sendiri, semua boleh! Jom tunjukkan yang buatan sendiri lagi sedap dari beli luar! 🧊🥤
Tema Minggu Ini: Ais Punya Pasal
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi ais korang yang paling menyegarkan
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 18-24 Mei 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada Cookpad Apron Challenge. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan








































