
Cookpad Apron 2026: Goreng Sedap!
Bunyi minyak bergelugur tu... memang tak ada yang lebih membahagiakan! Ayam goreng berempah yang rangup, pisang goreng panas-panas dengan kopi O, cempedak goreng yang wangi, karipap goreng inti kentang, ikan goreng kunyit, atau sotong goreng tepung — semua hidangan goreng memang ada tempatnya di hati orang Malaysia! Challenge Goreng Sedap! ni mengajak korang kongsikan resipi goreng terbaik korang — tak kira protein, sayur, kuih, atau buah, asalkan digoreng dan lazat. Minyak dah panas, jom goreng! 🍳🔥
Tema Minggu Ini: Goreng Sedap!
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi goreng kegemaran korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 10–16 Ogos 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan
Bermula dalam 1 hari
