Kurma Telur

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Zaman dulu-dulu kalau majlis kahwin, cenderamata yang kita dapat pastinya telur rebus. Jadi kalau satu keluarga pergi kenduri, mesti banyak telur rebus yang akan dapatkan? Salah satu menu telur rebus tu mesti kurma telur. Sebab masak kurma ni ada kuahnya berbanding buat sambal telur. Menu berkuah ni menu feveret ayah-ayah. Manakala anak-anak suka sambal. Tapi tak kurang makan telur rebus letak kicap macam tu pun ada juga. Jadi bagi mengenang memori telur rebus tu, saya pilih menu kurma telur untuk contest kemerdekaan ini. Yela zaman dulu, cerita dan situasi tak sama macam sekarang kan. Jadi kita kongsikan resipi ini. Semoga ada kenangannya di situ. #MerdekaBersamaChefZam #ChefZam #CookpadMalaysia

Kurma Telur

11 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45minit
2orang
  1. 3biji bawang merah (hiris halus)
  2. 2 ulasbawang putih (hiris halus)
  3. 1inci halia (hiris halus)
  4. Rempah 4sekawan
  5. Rempah kurma
  6. 4biji telur rebus
  7. 1biji kentang (dipotong dadu)
  8. 1biji cili besar (hiris kasar)
  9. 1biji bawang besar (potong dadu)
  10. 1 cawansantan
  11. Sedikitair (untuk kuah)
  12. Sedikitgaram
  13. Sedikitminyak masak

Cara Memasak

45minit
  1. 1

    Telur direbus terlebih dahulu dan dikupas kulit.

  2. 2

    Tumis bawang merah, bawang putih, rempah 4sekawan. Masukkan serbuk kurma yang dibancuh sedikit air. Tumis sehingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan kentang dan sedikit air. Masak sehingga kentang empuk.

  4. 4

    Masukkan telur rebus, cili besar dan bawang besar. Masukkan santan. Perasakan dengan garam dan gula.

  5. 5

    Masak sehingga mendidih dan kuah pekat. Tutup api dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya