Daging Masak Merah Terangkat

Tak habis lagi daging korban dalam peti ais kan kan. Makanya, cheyah cuba buat daging masak merah macam dijual kat kedai-kedai masakan panas tu. Tak susah pun. Jom kita start. 😁
Daging Masak Merah Terangkat
Tak habis lagi daging korban dalam peti ais kan kan. Makanya, cheyah cuba buat daging masak merah macam dijual kat kedai-kedai masakan panas tu. Tak susah pun. Jom kita start. 😁
Cara Memasak
- 1
Ambil daging, rebus sehingga ia empuk. Kemudian, potong nipis nipis daging tersebut. Biarkan.
- 2
Tumis halia dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili giling. Goreng sehingga pecah minyak.
- 3
Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan air rebusan daging.Kacau sebati dan tambah gula dan garam secukup rasa
- 4
Boleh masukkan daging yang dipotong tadi. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan bawang besar dan cili. Dah sedia untuk dihidang.
- 5
Resipi Sepertinya
-
Daging Masak Merah Ala Thai Daging Masak Merah Ala Thai
Daging korban yg mak mentua saya bagi banyak lagi. Teringin sangat nak masak & makan daging masak merah ala Thai yg biasa makan kat kedai tomyam tu.. jadi saya refer resepi daripada Youtuber Rizal Tomyam yg merupakan chef di kedai tomyam...dah banyak saya cuba resepi2nya..memang sedap2 & menjadi semuanya.. Daging masak merah ni pun menjadi dengan jayanya..sebijik macam makan kat kedai tomyam tu.. bertambah2 saya makan.. anak2 & suami pun puji sedap & berselera makan..lepas ni boleh masak lagi..makan dengan nasi goreng pulak ke..😍 Nor Al Fatihah -
Daging Masak Merah Ala Kedai Thai Daging Masak Merah Ala Kedai Thai
139/2022/RoadtoWorldRecipes/1257❤️ [Week 2] BEEF / DAGING ❤️ #KidsAtHeartBiasanya kalau makan daging masak merah kat kedai mesti agak pedas dan ada banyak sayur. Kadang2 daging tu alahai..sikit naw 😅. Jadi kali ni hakak buat sendiri dengan tak letak banyak sayur (kalau biasanya orang letak kacang panjang, lada benggala, bunga kubis, baby jagung. Ajer banyak betul bahan 😆) Hakak letak lobak merah je. Pastu cili padi hijau untuk bagi efek hijau. Hahaha..sebab geram kan dapat makan daging sikit je. Ni buat sendiri.. Haa amik. makan sampai kenyang 😋.Untuk daging tu, nak bagi merah hakak rebus dengan pewarna makanan merah. Jadi cili tak perlu letak banyak pun, warna tetap merah menarik perhatian 😍 Daging tu, kalau korang nak potong nipis lagi pun boleh je. Macam hakak tu dah kira ok dah lah haa. Yang pasti rasanya sedap macam kat kedai. Ni suami hakak cakap ler 😬Rasanya untuk anak-anak pun pasti sesuai begini ☺️ Salina Jalaludin -
Daging Masak Asam Daging Masak Asam
#kambu#goldenapronBila daging korban banyak jenuh fikir menu apa nak masak 😆Kalini kita buat menu ringkas tapi sangat membuka selera bila makan dengan nasi panas-panas.#dagingmasakasam #daging Erna Hezreen Hamzah -
Daging Paprik Merdeka 🇲🇾 Daging Paprik Merdeka 🇲🇾
#kambu #goldenapronDaging lembu qurban kita masak Daging Paprik permintaan anak² .Lauk yang paling mudah dan sedap. Lengkap daging dan sayur dalam satu resepi. Mawar Wilsa -
Daging Masak Merah Daging Masak Merah
#goldenapron#minggu10Saya jarang masak daging dan bukan pengemar daging merah.Oleh kerana saya diberi daging korban semasa raya korban yang lalu, maka jadilah daging masak merah.Daging masak merah juga kegemaran anak-anak dan keluarga. Masakan yang paling mudah, simple dan enak apatah lagi dengan nasi putih panas-panaskan. Narimah Othman -
Daging Masak Halia Daging Masak Halia
#kambu#goldenapron#minggukeempat#kambinglembuSaya masakkan lauk ini untuk ibu dan ayah saya. Lauk ini seperti masakan ala cina dan apabila ayah merasa masakan ini, perkataan pertama adalah 'sedap, macam makan kat restoran'.Ibu ayah pun bukan selalu makan di luar. Jadi, ini lah dia daging masak halia. Cuba lah 😉 AeJaa 📸 -
🍁Daging Masak Merah 🇹🇭 🍁Daging Masak Merah 🇹🇭
Daging Masak Merah telah menjadi kegemaran apabila makan di kedai masakan Thai.Sejak lebih setahun dulu, iaitu ketika mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengawal merebaknya Covid-19, amat jarang dapat makan di luar. Bila sesekali keluar makan, banyak pula pilihan yang ada dalam waktu yang terbatas.Jadi, bila teringat dan 'termengidam' Daging Masak Merah ini, maka, masaklah ia di dapur hari ini.Resepi kali ini hanya merebus daging sebelum memasaknya. Tidak seperti kebiasaan orang yang menggoreng daging itu terlebih dahulu selepas merebusnya. Ia disesuaikan dengan kehendak anak yang kurang suka masakan bergoreng dan berminyak. Master Jamal -
Daging Sos Thai Daging Sos Thai
#kambu#goldenapronKali ni kita tukar selera skit. Daging korban kan bnyak . Dah xtahu nak masak ap. ?Jom try menu ni, skli rasa pasti trtambat. Nurul Athikah -
Daging masak Merah Daging masak Merah
Daging nie selalu suami order bila singgah makan kat kedai2 makan siam. Memang pádu sangat daging masak merah dia jadi sesekali tak salah kan memcuba. Dan rasanya dah boleh buka kedai siam jugak nie 😂. Rasanya lah. Kalau korang tak percaya aah try lah resepi nie mesti korang kata "sedap jugak aku masak boleh buka kedai dah" 😚😋#Alhamdulillah Ahlia Syed Firdaus -
Daging Masak Merah Daging Masak Merah
#goldenapron #KamBuDah jemu dengan kari atau masak kurma daging? Jom cuba resepi ini. Ada rasa masam, masin dan manis. Seimbangkan rasa masam, masin dan manis. Pasti menambat selera.Rosnanizah binti Nayan
-
Spaghetti Carbonara Berdaging Spaghetti Carbonara Berdaging
#KamBu#goldenapronDaging korban belum habis. Jadi cari-cari bahan dalam peti ais. Cukup bahan, cincangkan daging, maka tercetus idea Spaghetti Carbonara Daging. Rose Nani Nizah Nayan -
Daging Masak Kunyit Daging Masak Kunyit
#goldenapron2020#week16Daging ni daging korban hari raya aidiladha yang lepas. Disebabkan peti ais rumah ku rosak, terpaksa la ku habiskan stok bekalan daging ni cepat-cepat.Kalau tak kang, busuk la dia.Itu hari dah ku asam pedas kan.Kali ni goreng kunyit sudah.Simple but nice org kata.☺️Jom try 😘 Sarah Amani
Lebih Banyak Resipi
Komen