Kari Telur

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#1post1hopev2
#temaKunyit
#goldenapron
Menu kari telur untuk dimakan bersama pulut kuning. Juadah orang lama lama. Tidak perlu ayam, telur pun sedap juga. Sila cuba ye kawan kawan. Majlis khatam quran sangat sesuai menu ni😊. Moh lihat resepi moh! 👇👇👇

Kari Telur

#1post1hopev2
#temaKunyit
#goldenapron
Menu kari telur untuk dimakan bersama pulut kuning. Juadah orang lama lama. Tidak perlu ayam, telur pun sedap juga. Sila cuba ye kawan kawan. Majlis khatam quran sangat sesuai menu ni😊. Moh lihat resepi moh! 👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6biji telur ayam(direbus)
  2. 2biji bawang merah*
  3. 3 ulasbawang putih*
  4. 1/2inci halia*
  5. Daunkari
  6. 1btg kayu manis
  7. 2biji buah pelaga
  8. 1ketul bunga lawang
  9. 4sb serbuk kari daging
  10. 1/2sk serbuk kunyit
  11. 1 kotakkecil santan
  12. 3biji limau kasturi(ambil jusnya)
  13. Air secukupnya
  14. Garam dan perasa

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan sebentar. Kemudian masukkan bahan bertanda *(dikisar) dan tumis hingga naik bau. Jangan lupa rebus telur.

  2. 2

    Bancuh kari dengan air sedikit dan masukkan kedalam kuali. Tumis hingga pecah minyak.

  3. 3

    Kacau dan masukkan santan, serbuk kunyit dan daun kari. Kacau hingga didih. Semntara itu kupas telur yang sudah sejuk.

  4. 4

    Dah didih, masukkan telur yang sudah dikupas kedalam. Perasakan dengan garam dan perasa.

  5. 5

    Tutup api dan masukkan air limau. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen (2)

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Arwah nenek suka hidangkan Kari telur makan dengan pulut kuning.Favourite!

Resipi Sepertinya