Ramuan

  1. 250 gramtepung beras
  2. 1 cawantepung ubi
  3. 1biji telur
  4. 1 kotakkecil santan kotak
  5. 1 cawankacang putih
  6. 1sudu kecil jintan kasar
  7. 1sudu besar ketumbar
  8. 3 ulasbawang putih
  9. 1sudu kecil garam
  10. 1sudu kecil sesedap rasa
  11. segenggam ikan bilis
  12. sedikitair untuk menggaul (agak agak adunan tidak pekat. cair cair sahaja ya)
  13. minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Berikut adalah bahan-bahannya.

  2. 2

    Ketumbar dan jintan kasar di tumbuk. ketepikan.

  3. 3

    Selepas itu tumbuk bawang putih bersama garam.ketepikan.

  4. 4

    Kemudian blender kering ikan bilis.ketepikan.

  5. 5

    Di dalam mangkuk besar masukkan tepung beras, tepung ubi,telur, dan masukkan air sedikit demi sedikit. pastikan adunan tidak begitu pekat ya.

  6. 6

    Selepas itu, masukkan jintan,bawang putih, dan ikan bilis yang telah ditumbuk dan dikisar tadi ke dalam adunan. dan gaul sehingga sekata.masukkan garam dan perasa ya.

  7. 7

    Kemudian masukkan adunan yang digaul tadi kedalam mangkuk lain dan letakkan kacang putih

  8. 8

    Panaskan minyak di dalam kuali dan boleh menggoreng

  9. 9

    Siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
DapurComel Yanti
DapurComel Yanti @cook_16725638
pada
Pasir Gudang, Johor Bahru

Komen

Resipi Sepertinya