Rempeyek Senduk

Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
Ampang

#goldenapron2020 [minggu 8]

Dah lama nak buat tapi tergendala sebab acuannya takde. Selalu adik di kampung yang buatkan setiap kali menyambut Syawal kerana anak-anak buahnya sangat suka makan Rempeyek. Tapi apakan daya, tahun nie tak dapat pulang beraya ke kampung. Jadi saya cuba buatkan sendiri bersama anak-anak dengan menggunakan senduk sebagai acuannya. Tadaaaa Rempeyek Senduk cara saya, bolehlah selalu buat lepas ni...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2cwn Tepung Beras [cap Teratai]
  2. 1biji telur
  3. 1/2 kotakkecil santan
  4. 1 ulasbawang putih [tumbuk]
  5. Secubit garam
  6. 1 1/2 cawanair [saya ada tambah sedikit]
  7. 1sudu kecil jintan manis
  8. 1sudu kecil jintan putih
  9. Sedikitikan bilis [basuh dan toskan]
  10. Sedikitkacang tanah

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Tumbuk bawang putih,jintan manis dan jintan putih.

  2. 2

    Satukan tepung, telur, santan dan bahan tumbuk tadi kedalam satu bekas. Sebatikan.

  3. 3

    Tuang 1 sudu makan adunan ke atas senduk yang direndam ke dalam minyak panas terlebih dahulu. Letakkan bilis dan kacang.

  4. 4

    Masukkan kedalam minyak dan goncang-goncang sedikit sehingga adunan tadi tanggal dari senduk.

  5. 5

    Ulang sampai habis. Biarkan sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
pada
Ampang
25 april
Baca lagi

Komen

Syarmilazulkifli
Syarmilazulkifli @bellacooklovers
Kalau tepung beras jenama lain boleh tak 😁

Resipi Sepertinya