Ubi Rebus dengan Sambal Hijau #phopbylinimohd #batch18

Kali ni saya kongsikan satu resepi kudapan kegemaran Abah saya ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Menu ini merupakan menu tradisi masyarakat Jawa iaitu keturunan Abah.
Abah suka mengulang makan. Icip-icip orang kata. Kalau Bahasa Jawa, disebut “mentong”. Jadi, menu ni antara yang selalu tersedia atas meja makan supaya mudah Abah nak mentong.
Resepinya ringkas dan bahan asasnya lazimnya orang kampung memang tanam di sekeliling rumah. Bertuah betul tinggal di kampung yang bertanah kan... From garden straight to the kitchen gitu!
Yang buatkan menu ni rasanya terangkat adalah sambalnya. Saya bukan penggemar ubi rebus sejak kecil, tapi bila dah pandai makan dengan Sambal Hijau ni, baru saya sedar sedapnya menu tradisi ini.
Baiklah, sila ikuti resepi berikut kalau nak tahu macamana nak sediakan Ubi Rebus dengan Sambal Hijau.
“Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.”

Cara Memasak
- 1
(Ubi Rebus) Potongkan ubi kira-kira saiz 3 inci dan buangkan kulitnya. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil, sesuai untuk direbus dan senang empuk. Basuh bersih. Kemudian, rebuskan dengan air bertapis dan sedikit garam kira-kira 15 minit atau sehingga empuk/lembut. Apabila sudah empuk, toskan ubi rebus.
- 2
(Sambal Hijau) Sementara menanti ubi empuk, sediakan bahan-bahan untuk sambal hijau. Tumbukkan bersama 2 labu bawang besar dan bawang putih, dan ke tepikan. Sebiji lagi bawang besar dihiriskan.
- 3
Tumbukkan pula ikan bilis bersama cili hijau dan cili padi.
- 4
Di dalam kuali, mula-mula, tumiskan bawang. Minyak tak perlu terlalu panas berasap untuk mengelakkan bawang hangus dan jadi pahit. Tumis sebentar hingga naik bau.
- 5
Masukkan cili yang telah ditumbuk dengan ikan bilis. Teruskan kacau untuk biarkan sambal masak sekata dan tidak hangus.
- 6
Masukkan gula dan teruskan kacau. Tips: api sederhana besar dan jika keadaan sambal semacam kering, boleh tambahkan sedikit minyak bila-bila masa ketika proses menggoreng sambal sedang berjalan.
- 7
Masukkan air asam jawa. Teruskan lagi mengacau.
- 8
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Dah siap!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)