Ayam Panggang

Kak Nor tak pernah menang lagi hadiah dari Cookpad. Setiap kali kawan-kawan dapat hadiah, tenung jea dari jauh. Sampai pernah terfikir, mana la nak beli set sudu garfu tu sebab memang berkenan sangat serta termasuk juga hadiah Cookpad yang lain. Bila contest ini dibuka, kak Nor fikir masakan mestilah nampak sedap dan menyelerakan sampai orang meleleh air liur nak makan 😋😋😋😂😂😂. Jadi kak Nor plan buat ayam seekor yang dibakar. Biasa orang masak ayam seekor untuk majlis-majlis istimewa. Bukan masakan harian. Pada hari pertama kak Nor masak, habis seekor ayam diratah oleh suami dan anak-anak sampai tulang-tulang digigit dan hisap. Agaknya kalau tulang tu boleh dimakan tulang tu pun habis ditelan....hahaha😂😂😂. Sempat la snap gambar tapi cuaca gelap. Kak Nor tak puas hati sebab gambar tak cukup cahaya. Jadi kak Nor plan nak masak seekor lagi untuk keesokkan harinya. Pagi-pagi dah pesan kat en suami minta belikan seekor lagi ayam yang tak dipotong. Mujur dia tak bising dengan karenah isteri dia yang banyak songeh😂. Pastu bila en suami dah beli, cepat-cepat Kak Nor kerjakan ayam tu. Kira 2 hari berturut-turut suami dan anak-anak dapat makan ayam golek nie semata-mata nak sertai contest ini 🙊😂. Memang seronok sangat la dia orang😍. So lepas tung-tang, tung-tang kat dapur, maka siap lah ayam yang dah siap baring sopan kat tray kayu tu. Apa lagi sengih semua anak-anak dapat makan ayam panggang nie lagi 😍 #goldenapron

Cara Memasak
- 1
Cuci ayam sehingga bersih. Buang semua lemak semampu yang boleh. Perap ayam dalam dan luar ayam yang sudah kering dengan 5 sudu besar gula perang paling kurang 30 minit.
- 2
Tumbuk semua bawang putih dan halia sehingga hancur. Satukan semua bahan bawang putih, halia, kicap ABC, marjerin, minyak zaitun, sos tiram, madu, stok ayam, asam jawa, mixed herbs, pasley, oregano, serbuk lada hitam, garam, serbuk pasti sedap dan sos bbq. Kacau sebati.
- 3
Lumur rempah yang dicampur tadi pada ayam dan masukkan juga dalam perut ayam. Cuci kentang bersih tanpa buang kulit, potong 4. Rebus separuh masak. Angkat. Susun dalam tray, masukkan sedikit dalam perut ayam. Ikat peha dengan benang. Bawang besar yang di potong 6, letakkan bersama kentang. Potong lemon dan susun dalam tray.
- 4
Perap minima1 jam. Lagi lama lagi sedap. Bakar dalam oven, letak 1 bekas air dalam tray untuk elak ayam tu kering. Guna oven api atas dan bawah 160 celcius untuk 1 jam pertama. Dalam 1/2 jam pertama, sapu sos perapan pada badan ayam untuk elak ayam kering. Selepas 1 jam, naikkan suhu 180 celcius selama 1/2 jam
- 5
Cucuk ayam dengan lidi untuk pastikan dalam masak atau tak. Jika keluar darah, teruskan bakar 1/2 jam lagi. Bila masak, boleh perah lemon pada ayam tersebut (optional) dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba😍
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen