Poached egg Onepack (Wanpaku)

Mazwin
Mazwin @bawangmerah
SELANGOR

#wanpaku #goldenapron #minggu16

Ini kali pertama saya menyediakan hidangan Wanpaku. Setelah membuat penyelidikan di internet baru tahu ini adalah sama dengan sandwich tapi berbeza dari segi penyediaan bahan dan cara pembuatan.
Jadi saya mengambil peluang ini untuk belajar dan alhamdulillah.. terjadinya wanpaku dengan jayanya.
Dan yang paling lebih menggembirakan saya ialah hidangan ini dimakan oleh anak saya yang picky eater kepada sayur. Jadi, tahu la saya sekarang ni salah satu cara nak menggalakkan anak makan sayur dengan menyediakan ONEPACK FOR ME! 😋

Poached egg Onepack (Wanpaku)

3 orang bercadang membuatnya

#wanpaku #goldenapron #minggu16

Ini kali pertama saya menyediakan hidangan Wanpaku. Setelah membuat penyelidikan di internet baru tahu ini adalah sama dengan sandwich tapi berbeza dari segi penyediaan bahan dan cara pembuatan.
Jadi saya mengambil peluang ini untuk belajar dan alhamdulillah.. terjadinya wanpaku dengan jayanya.
Dan yang paling lebih menggembirakan saya ialah hidangan ini dimakan oleh anak saya yang picky eater kepada sayur. Jadi, tahu la saya sekarang ni salah satu cara nak menggalakkan anak makan sayur dengan menyediakan ONEPACK FOR ME! 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
2 sajian
  1. Bahan Poached Egg
  2. 2biji telur
  3. 1sudu besar cuka
  4. 600 mllair
  5. 2biji telur
  6. Bahan-bahan salad
  7. 4 kepingroti putih sandwich
  8. 2 kepingkeju cheddar
  9. 1biji tomato
  10. 1biji lobak merah
  11. 1biji bawang merah
  12. 6kelopak daun salad coral
  13. 1/2sudu kecil lada hitam
  14. 4sudu besar sos thousand island

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Mulakan dengan membuat poached egg dahulu. Didihkan air yang dicampur dengan cuka. Masukkan telur sebiji sebiji dan biarkan 1 minit saja. Angkat dan alirkan perlahan dengan air paip untuk buang bau cuka.

  2. 2

    Kemudian sediakan bahan-bahan salad. Selepas dicuci bersih, toskan dan sedia untuk dipotong. Lobak merah dan tomato dipotong memanjang.

  3. 3

    Kita mulakan dengan meletakkan plastik pembungkus makanan.

  4. 4

    Kemudian, baru kita susun lapisan-lapisan dengan meletakkan roti dahulu, diikuti dengan keju, sos, telur dan sayur-sayur yang lain.

  5. 5

    Akhir sekali letak sekeping roti lagi. Sesudah itu, kita boleh mulakan membungkus roti tersebut dengan pembungkus plastik. Pastikan bungkusan kemas untuk mengelakkan bahannya berterabur ketika memotong.

  6. 6

    Untuk mencantikkan wanpaku ini saya menambahkan bungkusan kertas putih yang dibuat dua bahagian supaya mudah untuk memotong nanti.

  7. 7

    Selepas dipotong boleh dihidangkan bersama jus oren.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mazwin
Mazwin @bawangmerah
pada
SELANGOR
biar cukup rasa masin, manis & masamnya...
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya