Sandwich Wanpaku Deena

Salam buat sahabat2 cookpad. Sebelum ni, saya pernah berkongsi resepi sandwich wanpaku. Resepi itu berasaskan sayur2 dan telur rebus.
Resepi kali ini, saya kongsikan menggunakan tuna pula. Saya ni jenis yang nak cepat. Tuna yang saya guna tu, tuna dalam tin. Tak perlu susah2 nak beli ikan tuna ya. Jom kita tengok resepi. Selamat mencuba.
#wanpaku
Sandwich Wanpaku Deena
Salam buat sahabat2 cookpad. Sebelum ni, saya pernah berkongsi resepi sandwich wanpaku. Resepi itu berasaskan sayur2 dan telur rebus.
Resepi kali ini, saya kongsikan menggunakan tuna pula. Saya ni jenis yang nak cepat. Tuna yang saya guna tu, tuna dalam tin. Tak perlu susah2 nak beli ikan tuna ya. Jom kita tengok resepi. Selamat mencuba.
#wanpaku
Cara Memasak
- 1
Pertama sekali, saya panaskan tuna dalam tin. Ada orang suka guna terus. Tapi saya suka panaskan tuna. Kejap ja panaskan. Dalam 2-3minit.
- 2
Lepas tu, kita potong karot pula. Saya guna 1/2 ja. Kemudian saya potong dalam bentuk macis atau halus. Setelah potong, saya rebus karot dalam 1-2minit. Sebenarnya saya penggeli orangnya. Tak suka karot mentah. Jadi saya rebus. Bila dah rebus, saya perisakan dengan garam, cuka, gula dan black pepper. Ikut citarasa kita. Tak perlu banyak. 1/2 sudu kecil cukup.
- 3
Masa untuk menyusun sandwich. Sediakan plastik wrap. Agak2 boleh bungkus sandwich. Susun roti dulu, letak coleslaw, diikuti sayur coral, tomato yang sudah di potong, tuna, karot, sayur, letak pula sos thousand island dan tutup dengan roti. Kemudian bungkus sandwich dengan plastik macam nak bungkus hadiah gitu.
- 4
Bungkus ketat2 ya. Kemudian, sandwich dibelah dua. Saya gunakan plastik wrap agar mudah untuk saya belah sandwich. Ada yang guna foil paper. Ikut keselesaan masing2. Dah siap. Sedia untuk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sandwich Wanpaku Sandwich Wanpaku
Assalamualaikum & salam perkenalan dari saya, Joanne. Sebenarnya, saya dah lama join cookpad tapi tidak berkesempatan pos resepi. Untuk resepi pertama, saya ingin kongsikan resepi mudah yang berasal dari negara Jepun. Iaitu Sandwich Wanpaku. Resepi ini sangat mudah dan boleh di buat dengan menggunakan macam2 bahan. Contohnya telur, ayam, tuna dan lain2. Moga dengan perkongsian pertama saya dapat membantu kenalan menambah menu dirumah. Selamat mencuba.#myfirstrecipe#goldenapron Joanneezah Neezm -
Sandwich Wanpaku Anak Malaysia Sandwich Wanpaku Anak Malaysia
#sarapanSandwich ni viral katanya. Asyik lalu lalang di wall FB. Terliur pulak tengok. Cuba la buat. Guna je sayur sedia dalam peti sejuk. Tengok kat rak barang dapur ada tuna dalam tin. Ngam la tu. Tak perlu nak keluar ke kedai cari sarapan. Makan sandwich wanpaku je la. Rose Nani Nizah Nayan -
Wanpaku ~ blackpepper beef grill Wanpaku ~ blackpepper beef grill
#wanpaku#goldenapron #minggu16Terpanggil mencuba resepi yang viral bila cookpad buat challenge ni, sebelum ni nampak duk lalu lalang tapi tak terasa pun nak buat.Sebab rasa macam sandwich aje😁😅So study kejap resepi2 dalam cookpad dan juga dari google. Cari bahan dan berwanpaku lah saya😂Sekali buat 3 jenis terus tapi inti nya di pelbagaikan variasi supaya dapat rasa berbagai jenis wanpaku👍 Atie SweetChocbakeries -
Wanpaku Sandwich Tuna Saba Wanpaku Sandwich Tuna Saba
#goldenapron#week17Anak request nak makan sandwich tuna saba. Terus buat wanpaku sandwich tuna saba. Umi Minarni -
Sandwich Wanpaku Ayam dan Sosej Sandwich Wanpaku Ayam dan Sosej
#wanpaku#goldenaronBeli bahan-bahan di Kedah. Siapkan sandwich di Pulau Pinang. Jauh betul bahan-bahan ni menyeberang Jambatan Pulau Pinang. Demi ibu tercinta, boleh ja. Ibu saya merupakan peminat setia sandwich dari air tangan saya. Dari kami 6 beradik, saya je yang paling suka makan Sandwich. Oleh sebab ibu tercinta belum makan Sandwich Wanpaku ni, sanggup je beli barang dari Kedah bawa ke Pulau Pinang. Gigih naauuu! Rose Nani Nizah Nayan -
Tuna Wanpaku Sandwich Tuna Wanpaku Sandwich
Tuna Wanpaku Sandwich merupakan sandwich diilhamkan dari Jepun yang dibuat dengan dilapisi sayuran yang banyak dan bewarna-warni, tuna dan cheese. Boleh dikategorikan sarapan sihat kerana menggunakan bahan dan kuantiti yang baik.#wanpakusandwich #wanpaku kakpating -
Poached egg Onepack (Wanpaku) Poached egg Onepack (Wanpaku)
#wanpaku #goldenapron #minggu16Ini kali pertama saya menyediakan hidangan Wanpaku. Setelah membuat penyelidikan di internet baru tahu ini adalah sama dengan sandwich tapi berbeza dari segi penyediaan bahan dan cara pembuatan.Jadi saya mengambil peluang ini untuk belajar dan alhamdulillah.. terjadinya wanpaku dengan jayanya.Dan yang paling lebih menggembirakan saya ialah hidangan ini dimakan oleh anak saya yang picky eater kepada sayur. Jadi, tahu la saya sekarang ni salah satu cara nak menggalakkan anak makan sayur dengan menyediakan ONEPACK FOR ME! 😋 Mazwin -
Wanpaku sandwich Wanpaku sandwich
#goldenapron.#wanpakuOleh kerana 'Wanpaku sandwich' sekarang tengah viral, maka saya pun terpanggil untuk mencubanya...ini adalah percubaan pertama membuatnya...pilihanku tentulah wanpaku sandwich telur rebus...kenapa telur rebus? Kerana telur rebus ini adalah makanan sihat dan mengenyangkan. Oleh kerana wanpaku sandwich saya adalah versi makanan sihat,maka saya tidak letakkan keju. Hanya sedikit mayonis dan butter sebagai penambah perisa. Membuat wanpaku sandwich in cukup mudah. Jom kita cuba sama-sama. Zareena Shahmarudin -
Wanpaku Sandwich mamaell:BBQ chicken & taokaenoi seaweed Wanpaku Sandwich mamaell:BBQ chicken & taokaenoi seaweed
#wanpaku#goldenapron#minggu17Wanpaku ni terilham selepas saya makan di McD. Ada sos Bbq Nugget lebih dan juga masa itu saya sedang makan seaweed kegemaran. Jadi terfikir untuk menggabungkan 2 bahan itu dalam wanpaku sandwich saya🤭. Boleh cuba pada yang berani yer😊. Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku tuna sandwich Wanpaku tuna sandwich
#wanpakuKesian tengok adik ipar mengandung,mengidam nak makan sandwich.sandwich biasa jer pun ,masa makan saya duk tengok abis dia selongkar isi sandwich tu,saya tanya kenapa makan macam tu? Al maklum tengah mabuk mengandung,dia pilih bawang rupanya,buang bawang tak nak makan bawang busuk katanya😅😅😅Dengan penuh kasih sayang😁😁saya pun buat la wanpaku tuna sandwich tanpa bawang.amboi...kemain lagi dia makan.berselera.tak perlu lagi nak pilih buang bawang terus ngap je.Resepinya sangat mudah dan simple.selamat mencuba. Lily Suryani Mohd Ali -
Wanpaku Sandwich mamaell: Asparagus chicken meatloaf & cheese Wanpaku Sandwich mamaell: Asparagus chicken meatloaf & cheese
#wanpaku#goldenapron#minggu17Nak beritahu yer, wanpaku sando yang ini memang sedap..wajib cuba😊. Mamaell suka cuba macam macam jenis sAndwich. Asalnya, nak cari barang lain, tapi di Ipoh ni macam susahnya lah nak jumpa, maka saya buat dengan barang yang sedia ada beli ni. Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin
Lebih Banyak Resipi
Komen