Tuna Wanpaku Sandwich

Tuna Wanpaku Sandwich merupakan sandwich diilhamkan dari Jepun yang dibuat dengan dilapisi sayuran yang banyak dan bewarna-warni, tuna dan cheese. Boleh dikategorikan sarapan sihat kerana menggunakan bahan dan kuantiti yang baik.
Tuna Wanpaku Sandwich
Tuna Wanpaku Sandwich merupakan sandwich diilhamkan dari Jepun yang dibuat dengan dilapisi sayuran yang banyak dan bewarna-warni, tuna dan cheese. Boleh dikategorikan sarapan sihat kerana menggunakan bahan dan kuantiti yang baik.
Cara Memasak
- 1
Sediakan tuna filling dahulu. Campur semua bahan dan gaul sebati dan cukup rasa
- 2
Letak 1 keping roti.
- 3
Kemudian susun Iceberg lettuce.
- 4
Susun pula carrot.
- 5
Kemudian susun coral lettuce.
- 6
Susun timun di atas lettuce.
- 7
Kemudian letakkan tuna filling dan ratakan.
- 8
Letakkan roti kedua.
- 9
Kemudian, ulang langkah di atas sehingga habis.
- 10
Tutup dengan roti terakhir.
- 11
Balut roti dengan cling wrap. Balut dengan kemas dan padat supaya isi tidak berterabur ketika dipotong. Untuk memudahkan kerja letak cling wrap di awal proses.
- 12
Kemudian, boleh di balut dengan baking paper atau sandwich paper.
- 13
Setelah siap dibalut kemas, wanpaku sandwich boleh dipotong dua.
- 14
Wanpaku sandwich siap dihidang 😊
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Wanpaku Sandwich mamaell:Tuna hot mayonaise Wanpaku Sandwich mamaell:Tuna hot mayonaise
#wanpaku#goldenapron#minggu17Dinner semalam buat yang simple ye. Sedikit sayur-sayuran pilihan. Dan bahan utama hanya tuna mayo dan seaweed. Saya tidak pasti kenapa nama tuna hot mayo sebab tak pedas pun. Mungkin tuna itu yang hot 🔥😉. Jom lihat resepi dibawah dulu jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:beef salami & egg Wanpaku Sandwich mamaell:beef salami & egg
#wanpaku#goldenapron#minggu16Viral sungguh sandwich wanpaku ini😊. Mamaell memang biasa buat sandwich untuk anak anak. Bila viral sandwich ini sampai ke Malaysia, saya cubalah. Wanpaku sando versi mamaell menggunakan sayur sayuran, beef salami, telur dan keju. Hanya seorang anak mama yang makan😬, sebab yang dua orang lagi masih tak makan sayur. Jom kita tengok cara cara mamaell buat wanpaku... jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Congo WanPaku Sandwich Congo WanPaku Sandwich
Byk resepi sebenarnya sy dh cooksnap tp x amik gamba. Untuk challenge TiruVasi ni saya pilih resepi WanPaku Beef Burger olahan @airtangan_ummirizqi . Kebetulan anak2 nak p Cosplay di Penang so tak bole makan banyak2 tapi kena makan juga sebab event seharian. So, menu yang simple tp mengenyangkan dan mudah dibawa adalah makanan berbentuk sandwich. Daging beger x ada . Saya tukaq ke Ayam panggang. Tambahkan avocado dan saya marinate skit hirisan lobak merah ala2 jepun. Telur ayam saya tukar telur burung puyuh. Rasanya nyum.. nyum.. nyum..#GlobalApron2024#Week12TiruVasiChallenge#CookSnap@airtangan_umirizqi#TelurPuyuhLadaSulahMinyakBijanAvocado MASTURA BINTI SAMIRAN -
-
Wanpaku Sandwich Tuna Saba Wanpaku Sandwich Tuna Saba
#goldenapron#week17Anak request nak makan sandwich tuna saba. Terus buat wanpaku sandwich tuna saba. Umi Minarni -
Wanpaku Coleslaw Cheesy Cheese Tuna Mayonnaise Wanpaku Coleslaw Cheesy Cheese Tuna Mayonnaise
#wanpaku#goldenapron#minggu17Sampai terputus nafas nak menyebut tajuk wanpaku yang satu ini...🤩petang tadi anak Sado yang sorang tu masih request untuk berwanpaku...bahan-bahan pun masih berbaki jadi mudahlah kerja akk...cuma tambahkan satu tin tuna mayonnaise selesai...versi wanpaku sandwich yang ini sangat mudah dan ringkas...tak perlu dimasak atau mengunakan api dapur...lebih healthy kerana bahan-bahanya banyak mengunakan sayur2an...jom tengokresipi akk kongsi mesti cuba ya...😍😘 Aza Aaj -
Wanpaku Sando Tuna Wanpaku Sando Tuna
#Wanpaku #goldenapronSandwich warna warni yg menyihatkan. Gabungan vitamin drp sayur-sayuran, protein drp tuna, telur & keju serta karbohidrat drp roti sudah cukup lengkap & mengeyangkan untuk sarapan pagi..sampaikan suami cakap kalau makan ni hari2 pun sedap sebab banyak sayur-sayuran 😄 Nor Al Fatihah -
Wanpaku Tofu Rangup Tuna dengan sos teriyaki Wanpaku Tofu Rangup Tuna dengan sos teriyaki
#goldenapron #wanpakuSelalu nampak wanpaku lalu lalang kt fb, makan terhasillah wanpaku tofu tuna yang amat mudah dan berkhasiat ni. saya gunakan sos teriyaki, dan mayonese untuk wanpaku ini. Azyyati Zakaria -
Wanpaku (chicken floss) Wanpaku (chicken floss)
#wanpaku #goldenapron #mingguke18Tak habis lagi cerita bab wanpaku ni.. hari-hari mesti nampak ada je wanpaku yang lalu lalang teman-teman buat.. suka tengok warna warni yang menarik hati..untuk kali ni aznie buat wanpaku guna chicken ploss... chicken floss ni memang sedap.. selalu beli roti chicken floss dibakery.. tuk kali ni aznie bt sandwich dengan menggunakan chicken floss sebagai bahan utama.. bubuh banyak-banyak ikut selera.. aduiiiii suka sangat la wanpaku ni.. cukup segala rasa.. masam manis serta rasa segar sayur-sayuran.. memang kenyang habis ni..🤭 Aznie Khasri -
Wanpaku (chicken floss & eeg) Wanpaku (chicken floss & eeg)
#wanpaku #goldenapron #mingguke17Berwanpaku lagi.. sempena hari ni last untuk contest wanpaku.. kali ni untuk kali yang keduanya aznie guna chicken floss juga... jujur aznie bagitau bubuh chicken floss ni memang sedap.. rasanya juga baunya yang wangi dapat memikat selera siapa saja yang membaunya..untuk kali ni aznie bubuh juga telur rebus.. ikut patern wanpaku dari jepun yang banyak menggunakan telur didalam penyediannya juga selain daripada sayur-sayuran beranika warna..wanpaku ni satu sandwich yang mengeyangkan.. sebab saiznya yang lebih besar dari saiz sandwich yang biasa.. tak pernah lagi dengar komen makan wanpaku tak kenyang kan🤭🤭 Aznie Khasri -
Wanpaku ~ nugget & tuna Wanpaku ~ nugget & tuna
#wanpakuWanpaku versi nugget & tuna pulak, hehe. Dalam masakan kita bebas berkarya dan mengubah bahan asalkan makanan tu selamat dan sihat untuk dimakan, kannn Atie SweetChocbakeries -
Wanpaku Tuna Wanpaku Tuna
Sebenarnya dah lama nak buat wanpaku. Dah siap beli bahan-bahan awal bulan, tapi disebabkan kesibukan masa, semua tertangguh. Hari ini tanpa tangguh lagi plan nak buat tapi telur pulak habis. Tadi call en suami dan minta belikan telur tapi dia pun lupa sebab terpaksa hantar anak ke klinik dahulu sebelum ke tempat belajar. Rasa agak sedih juga sebab waktu dah lewat malam. Memang dah plan nak buat sebab tu tak ikut en suami keluar. Tetiba dengar loceng rumah berbunyi jam 10 malam. Rupanya en suami singgah kedai selepas ke klinik dan hantar telur dahulu sebelum hantar anak ke tempat belajar. Dapat lah juga buat wanpaku di saat-saat akhir. Alhamdulillah. #wanpaku #goldenapron Noor Hassan
Lebih Banyak Resipi
Komen