Wanpaku Tuna

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Sebenarnya dah lama nak buat wanpaku. Dah siap beli bahan-bahan awal bulan, tapi disebabkan kesibukan masa, semua tertangguh. Hari ini tanpa tangguh lagi plan nak buat tapi telur pulak habis. Tadi call en suami dan minta belikan telur tapi dia pun lupa sebab terpaksa hantar anak ke klinik dahulu sebelum ke tempat belajar. Rasa agak sedih juga sebab waktu dah lewat malam. Memang dah plan nak buat sebab tu tak ikut en suami keluar. Tetiba dengar loceng rumah berbunyi jam 10 malam. Rupanya en suami singgah kedai selepas ke klinik dan hantar telur dahulu sebelum hantar anak ke tempat belajar. Dapat lah juga buat wanpaku di saat-saat akhir. Alhamdulillah. #wanpaku #goldenapron

Wanpaku Tuna

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1-2 orang
  1. 2 kepingroti
  2. 4 kepingsalad
  3. 1/2-1 batangtimun (dipotong nipis)
  4. 1/2biji tomato (dipotong bulat dan nipis)
  5. 1/2 batangkarot (dipotong halus)
  6. 1mangkuk kecil kubis ungu (dipotong halus)
  7. 1biji telur (direbus 3/4 masak)
  8. 3-5sudu besar tuna (dicampur bersama serbuk lada hitam)
  9. 1-2sudu besar jus lemon (dicampur dalam tuna yang dihancurkan)
  10. Sos hot & spicy Kewpie
  11. Sos salad
  12. Sos mayonis
  13. Cling wrap (Untuk membungkus)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Rebus telur sehingga 3/4 masak

  3. 3

    Campurkan tuna yang hancur bersama 2 sudu mayonis, serbuk lada hitam dan jus lemon

  4. 4

    Sediakan cling wrap untuk lapisan bawah sekali. Letakkan sekeping roti atasnya. Pastikan kering betul-betul sayur sebelum dipotong. Kemudian letak 2 keping salad dan kubis ungu

  5. 5

    Picitkan sedikit sos thousand island seperti dalam gambar. Letakkan timun dan tomato

  6. 6

    Ambik 2 sudu tuna lapiskan diatasnya, sebiji telur yang telah direbus dan karot yang dipotong halus. Seterusnya ulang semula lapisan tadi sehingga selesai.

  7. 7

    Bungkus rapi dengan cling wrap seperti membungkus hadiah. Jika perlu gunakan salotape untuk mengemaskan bungkusan tadi. Boleh balut dengan bungkusan kertas sebagai tambahan. Selepas kemas semua bungkusan, potong 2 dibahagian tengah. Jadi la wanpaku untuk dimakan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya