Tang Yuan Inti Kacang Merah Bijan Panggang

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#cny2020
Sebagai rakyat Malaysia saya berasa sangat bertuah dan beruntung kerana negara kita ada berbilang kaum berbilang bangsa yang hidup aman harmoni dan seronok dapat mengenali cara kehidupan mereka, makanan mereka dan sebagainya. Setiap kaum merayakan hari perayaan masing-masing dengan meriahnya. Hari ini rasa teruja ingin mencuba makanan tradisi masyarakat cina yang sangat popular apabila menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina. Tang Yuan merupakan salah satu menu wajib ada apabila berkumpul bersama keluarga yang membawa maksud kesatuan keluarga. Bentuk tang yuan yang bulat dan berwarna warni memberi simbolik keluarga yang berkumpul dan bersatu. Dalam bahasa melayu tang yuan juga kita panggil bebola pulut manis. Kali ini saya variasikan inti kacang merah disalut dengan bijan panggang untuk dapat rasa yang lebih mantap terasa di mulut dan berbau harum bijan. Sirap gula saya variasikan kepada gula melaka, yang asal gula biasa sahaja. Apabila disatukan memang sedap.

Tang Yuan Inti Kacang Merah Bijan Panggang

14 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Doh :
  2. 2 cawantepung beras pulut
  3. 150 mlair
  4. Bahan Inti :
  5. 1mangkuk inti kacang merah - readymade
  6. 1mangkuk kecil bijan putih - dipanggang/disangai
  7. Bahan Sirap :
  8. 1ketul gula melaka
  9. 1ketul kecil gula batu
  10. 1 helaidaun pandan - disimpul
  11. 3 cawanair
  12. Bahan Sampingan :
  13. 1/2sudu kecil selasih - direndam
  14. ATAU boleh letak red dates (kurma kering), kekacang, Almond, jelly ikut kesukaan

Cara Memasak

  1. 1

    Penyediaan sirap gula :
    Satukan semua bahan sirap, masak hingga semua gula larut, siap dan ketepikan.

  2. 2

    Penyediaan inti :
    Bulatkan inti kacang merah sebesar syiling sepuluh sen, golek atas bijan ketepikan.

  3. 3

    Penyediaan doh :
    Bancuh tepung beras pulut bersama dengan air yang dimasukkan sedikit-sedikit hingga jadi doh lembut. Bahagikan kepada 4 bahagian, kemudian titiskan pewarna makanan kesukaan.

  4. 4

    Cubit doh sebesar syiling lima puluh sen, bulatkan dan letak inti tutup cantik doh supaya inti elok tidak terkeluar buat hingga doh habis.

  5. 5

    Didihkan air masukkan bebola yang sudah siap tadi, masak hingga timbul dipermukaan angkat alihkan ke dalam bekas lain.

  6. 6

    Letak beberapa biji bebola ke dalam mangkuk tuang sirap gula dan letak bahan sampingan sedia dinikmati.

  7. 7

    Nota : nak rasa manis tambah gula biasa ikut kemanisan kita inginkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya