MEE UDANG KETO#KetoRecepieByPatmawati

Patmawati Paddong
Patmawati Paddong @PetPatmawati
Kota Kinabalu, Sabah

Minggu ini saya mengolah masakkan Mee Udang Keto untuk santapan keluarga. Alhamdulillah suami yang tak keto pun makan bertambah-tambah mangkuk. Anak saya yang cerewet makan juga bertambah sup mee udangnya. Wahh!! semangatlah nak menghantar masakkan hari jumaat ini ke pejabat. Saya kongsikan Bersama cookpad bagi memberi manfaat kepada pencinta diet keto termasuk rendah karbohidrat. Salam sayang dengan tagline diet kita “Makan Sedap tapi Kurus”

MEE UDANG KETO#KetoRecepieByPatmawati

16 orang bercadang membuatnya

Minggu ini saya mengolah masakkan Mee Udang Keto untuk santapan keluarga. Alhamdulillah suami yang tak keto pun makan bertambah-tambah mangkuk. Anak saya yang cerewet makan juga bertambah sup mee udangnya. Wahh!! semangatlah nak menghantar masakkan hari jumaat ini ke pejabat. Saya kongsikan Bersama cookpad bagi memberi manfaat kepada pencinta diet keto termasuk rendah karbohidrat. Salam sayang dengan tagline diet kita “Makan Sedap tapi Kurus”

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6 orang
  1. 500 gmMee Shirataki (rebus lembut)
  2. 400 gudang
  3. 6ekor udang besar (opsyen)
  4. 3biji tauhu kiub (goreng) dan potong
  5. 6biji telur rebus
  6. 3biji limau nipis (potong2)
  7. 4sdt garam himalayan
  8. 2sdm erythritol
  9. 2sdt perasa yg diluluskan
  10. 1sdm pati tomyam (opsyen)
  11. 3sdm minyak untuk mengoreng
  12. 3 batangdaun sup hiris halus
  13. 1 helaidaun bawang hiris halus
  14. 6sdm bawang goreng
  15. Bahan Kisar
  16. 8 ulasbawang putih
  17. 5biji bawang merah
  18. 3 batangserai
  19. 100 gmusang kering (segengam)
  20. 10biji lada thailand/padi
  21. 1/2inci halia

Cara Memasak

  1. 1

    Pisahkan kulit udang. Rebus dan tapis. Ketepikan.

  2. 2

    Kisar semua bahan kisar. Panaskan minyak dalam kuali. Kisar halus bahan kisar dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan pati kulit udang, isi udang, udang besar, paste tomyam, erythritol, garam dan bahan perasa dibenarkan. Tambahkan air jika perlu.

  4. 4

    Tuang kuah ke atas mee shirataki. Tabur bawang goreng, daun sup seledri dan daun bawang. Perah limau.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Patmawati Paddong
Patmawati Paddong @PetPatmawati
pada
Kota Kinabalu, Sabah
Saya pengamal diet keto dan IF, maka semua masakkan saya berkisar tentang gaya hidup keto. Saya suka mencuba dan mencipta resepi baru untuk dijadikan amalan sehari-hari. Tagline saya sdh tentu “Makan Sedap Tapi Kurus” Jika nak kurus sihat, cubalah gaya hidup yang chic, trendy dan berasaskan sains ini. Siapa yang tak nak kurus tapi boleh makan sedapkan? Mari ikuti resepi-resepi saya.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya