Char Koay Teow ala CN

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

#goldenapron2020 #minggu1 #bazaarramadan

Assalammualaikum sahabat Cookpadders. Apa khabar semuanya? Diharapkan sihat saja ya. Menu Bazaar Ramadan 2020 yang pertama dari CN adalah Char Koay Teow. CN paling suka Char Kaoy Teow kering berbanding yang basah. Nostalgia semasa kecil, CN sanggup beratur lama membeli Char Koay Teow sedap yang dijual di bazaar Ramadan di kampung CN dulu. Memang ramai yang membelinya. Malah ada yang menempah awal. CN masa tu budak kecil. Tak tahu lagi nak memesan awal. Cuma selalu minta dari Pakcik peniaga tu supaya lebihkan kerang. CN memang hantu kerang. Suka sangat. Zaman dulu, dalam tahun 90an, kerang sekilo hanya 0.80 sen. Hahaha. Sekarang memang tak dapat dah harga tu.

Justeru, bagi CN kerang adalah ramuan utama yang wajib ada dalam Char Koay Teow. Sebab itu CN letakkan banyak kerang kerana lebih puas hati. Apapun terpulang pada citarasa kawan-kawan ya. Ada yang tak makan Seafood kan? Boleh gantikan dengan ayam atau daging.

Selamat mencuba dan Salam Ramadan 1441H.

CN
#CNdidapur

Char Koay Teow ala CN

19 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
2 - 3 orang
  1. 1pek kuetiau
  2. 6ekor udang saiz sederhana
  3. 1/2 cawanisi kerang
  4. 6biji bebola ikan - dibelah dua
  5. 1biji telur
  6. 2 sudu makancili boh
  7. 1/2 cawantaugeh
  8. 3tangkai daun kucai - dipotong
  9. Bahan Sos:
  10. 4 sudu makankicap lemak manis
  11. 2 sudu makansos tiram
  12. 2 sudu makansos cili
  13. Sedikitkicap pekat - jika suka
  14. Bahan Kisar:
  15. 3biji bawang merah
  16. 2 ulasbawang putih
  17. 3tangkai cili padi merah (jika suka pedas)

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti berikut.

  2. 2

    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan pula kicap, sos tiram dan sos cili. Sesuaikan rasa.

  3. 3

    Tambahkan sedikit air (jika perlu). Tumis sebati. Masukkan kerang, udang dan bebola ikan. Kacau sebati dan biarkan sehingga udang masak. Masukkan kuetiau.

  4. 4

    Gaul sebati kuetiau. Pecahkan sebiji telur. Biarkan 10 saat atau telur keras sedikit. Kacau hancur telur dan sebatikan dengan kuetiau.

  5. 5

    Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun kucai. Kaup balikkan dan sebatikan kuetiau.

  6. 6

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini.📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014)💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz🍋Lemon8: @CNdidapur🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya