Ramuan

  1. 8ekor ikan temenung (saiz sederhana)
  2. 1sudu kecil (sudu kfc) garam kunyit
  3. 2 cawankelapa parut
  4. 2 batangserai
  5. 1biji bawang merah
  6. 2sudu besar cili kering kisar
  7. 2sudu kecil (sudu kfc) minyak masak
  8. 3biji cili padi
  9. 10biji belimbing buluh
  10. 1 helaidaun kunyit
  11. Daunpisang (untuk balut)
  12. 1/2sudu kecil (sudu kfc) garam
  13. 2sudu kecil (sudu kfc) gula perang

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih ikan temenung dan toskan. Kelar dan gaulkan dengan garam kunyit.

  2. 2

    Kisar serai bersama-sama dengan minyak masak. Kemudian, masukkan cili kisar dan 1 cawan kelapa parut. Kisar kasar. Keluarkan bahan kisar dan campur bersama 1 cawan kelapa parut, cili padi yang telah dipotong serong, garam, gula perang, bawang dan daun kunyit yang telah dihiris nipis serta belimbing buluh yang telah dipotong dua. Kacau sebati.

  3. 3

    Gaulkan bahan-bahan tadi dengan ikan. Perap selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, susun ikan di atas daun pisang dan balut.

  4. 4

    Bakar menggunakan pemanggang ajaib selama lebih kurang 30 minit menggunakan api sederhana kecil. Balik-balikkan pemanggang ajaib semasa proses membakar. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza
pada

Komen (2)

keyMtpg
keyMtpg @keyMtpg
Bagaimana rasa nya,sedap tak.hehe izin share ye,nak buat berjemaah

Resipi Sepertinya