Burasak Noxxa

Ahlia Syed Firdaus
Ahlia Syed Firdaus @ElAisyah

#phopxcookpad2020 #resepi4 #ElAisyMasak2 #CookpadMalaysia burasak atau buras merupakan makanan tradisi kaum bugis yang selalu di sajikan di hari lebaran khususnya. Cara menyediakan dan memasaknya sekiranya memasak dengan cara tradisi memang akan memakan masa berjam2 seperti mana kita memasak lemang, guna kayu api dan kena pantau takut hangit. Tapi dengan kemodenan sekarang makanan tradisi pun kita dapat siap kan dengan cara moden dan cepat. Jimat masa dan tenaga.. Jom layan cara saya menyediakanya.

Burasak Noxxa

8 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgBeras wangi /beras biasa
  2. 1biji kelapa ambil santannya
  3. 1 tbspGaram /secukup rasa
  4. 4 helaiDaun pandan
  5. Daunpisang muda A4 untuk membungkus
  6. Daunpisang tua panjang 3jengkal

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih beras. Dan rendamkan selama 30minit.

  2. 2

    Panaskan santan sehingga mendidih, kemudian kecikkan api.

  3. 3

    Masukan garam secukupnya, setelah itu masukan daun pandan. Gaulkan sehingga santan berubah warna sedikit.

  4. 4

    Lalu masukan beras yang telah di rendam tadi kedalam santan sambil gaulkan. Masak seperti memasak nasi lemak.

  5. 5

    Biarkan beras lembab sedikit tapi agak merata. Siap untuk di bungkus.

  6. 6

    Ambil daun yang tua dan tindihkan dengan daun yang muda. Kemudian ambil nasi tadi lipat seperti melipat kuih lepat pisang. Urut urut atas bungkus biar menjadi leper dan padat. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.

  7. 7

    Lalu ambil tiga bungkus nasi tindihkan dan boleh mula mengikat. Ikatan mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

  8. 8

    Masukan burasak yang dah di ikat kedalam periuk noxxa lalu tuang air sama separas dengan burasak. Saya masukan daun pandan kedalam periuk noxxa semasa memasak burasak biar berbau wangi. Lalu masak dengan high pressure selama 45 /50 minit

  9. 9

    Angkat dan Toskan air. Lalu siap sedia untuk di nikmati.. Sedap di makan bersama rendang dan apa saja lauk pauk.

  10. 10

    Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ahlia Syed Firdaus
pada

Komen

Resipi Sepertinya