Bubur Nasi Susu Kurma

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#buburnasi
#bonus6

Bubur nasi kurma ni dulu saya selalu buat hampir setiap hari untuk anak saya ketika dia berumur 6-12 bulan.

Tapi masa tu, saya hanya letak beras, air dan buah kurma sahaja. Tanpa garam dan bahan-bahan lain. Bukan main selera lagi dia sebab rasa buah kurma tu manis2 buah je bila dah sebati dengan bubur nasi.

Sekarang dia dah 7 tahun, dah pandai merasa dan memilih makan 😬😬.
Jadi saya kenalah ubah resepinya sikit untuk sesuaikan citarasa dia sekarang.

Rasa manis kurma disatukan dengan susu kurma segar memang gabungan terbaik!

Selamat mencuba..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 hidangan
  1. Segenggam beras
  2. 7 cawanair
  3. 3biji kurma (saya guna Waseem)
  4. 1/4sudu garam halus
  5. 4-5sudu besar susu kurma (saya guna susu segar farm fresh)

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci beras seperti biasa.

  2. 2

    Masukkan beras yang sudah dicuci bersama air ke dalam periuk. Serta masukkan juga kurma sekali.

  3. 3

    Masak sehingga beras mengembang hancur seperti dalam gambar. Warna bubur akan bertukar menjadi sedikit kecoklatan.

  4. 4

    Air bubur yang sudah masak tidak boleh banyak, anggaran secawan air sahaja. Akan kelihatan bubur sedikit pekat.

  5. 5

    Kemudian, masukkan garam dan susu kurma. Renehkan selama 1-2 minit.

  6. 6

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen (6)

Mamamikael Oven
Mamamikael Oven @MamamikaelOven
Mesti bagus kalau bg bapak saya mkn..dah lama dia tak mau mkn nasi

Resipi Sepertinya