Tortilla Bayam Brazil

Nor Zeha Baba
Nor Zeha Baba @cook_20340830

#goldenapron2020

Bayam brazil di tepi rumah sedia dicantas. Dah tinggi. Maka, petik lah ia untuk menu hari ini, Brazilian Spinach Flat Bread.

Boleh dinikmati bersama kuah seperti mana roti canai. Ia juga enak di makan begitu saja.

Bayam brazil bermanfaat untuk mengatasi anemia.

Tortilla Bayam Brazil

10 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020

Bayam brazil di tepi rumah sedia dicantas. Dah tinggi. Maka, petik lah ia untuk menu hari ini, Brazilian Spinach Flat Bread.

Boleh dinikmati bersama kuah seperti mana roti canai. Ia juga enak di makan begitu saja.

Bayam brazil bermanfaat untuk mengatasi anemia.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 50 gbayam Brazil (daun sahaja)
  2. 1/3 cawanminyak
  3. 1/3 cawanair
  4. 2 cawantepung gandum
  5. 1/2 sudu tehbaking powder
  6. 1/2 sudu tehgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan. Daun bayam brazil dileraikan dari batangnya dan dicuci bersih

  2. 2

    Panaskan bayam Brazil di dalam kuali sehingga layu

  3. 3

    Kisar bayam brazil bersama minyak dan air

  4. 4

    Sediakan bahan kering, tepung, baking powder dan garam. Gaul rata. Tuang bahan yang dikisar tadi. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh

  5. 5

    Bahagikan doh kepada bebola kecil yang sama saiz. Saiz terpulang ya, makin besar bebola makin besar saiz tortilla.

  6. 6

    Rehat kan doh selama 20-30 minit

  7. 7

    Setelah tamat waktu rehat, tabur tepung dan gelek doh dengan pencanai sehingga nipis.

  8. 8

    Masak tortilla di atas kuali leper yang telah di gris kan dengan minyak. Bila telah mengelembung, terbalik kan tortilla supaya kedua-dua belah masak.

  9. 9

    Siap, sedia dihidangkan. Boleh dinikmati bersama kari ayam, sambal tumis atau apa sahaja inti dan sos pilihan anda.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Zeha Baba
Nor Zeha Baba @cook_20340830
pada

Komen

Resipi Sepertinya