Bayam brazil celop tepung rangup

Nur Izzati Binti Mohd Kasa
Nur Izzati Binti Mohd Kasa @zaty_izzati

#goldenapron sedang saya mengemas belakang rumah mak mertua saya ternampak pula bayam brazil di tepi pagar. Apa lagi saya pun buatlah bayam brazil celop tepung. Senang je. Jom cuba?

Bayam brazil celop tepung rangup

14 orang bercadang membuatnya

#goldenapron sedang saya mengemas belakang rumah mak mertua saya ternampak pula bayam brazil di tepi pagar. Apa lagi saya pun buatlah bayam brazil celop tepung. Senang je. Jom cuba?

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1mangkuk Bayam brazil
  2. 1 cawanTepung beras
  3. 1 sudu tehGaram
  4. 3/4 cawanAir sejuk dari peti ais
  5. Minyak utk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci bayam brazil sehingga bersih dan toskan

  2. 2

    Dalam bekas kosong masuk tepung beras, garam dan air sejuk dri peti ais

  3. 3

    Kacau hingga sebati, bancuhan tak perlu terlalu pekat

  4. 4

    Celupkan bayam brazil kedalam adunan tepung td

  5. 5

    Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bayam brazil yg telah dicelup dalam adunan tepung

  6. 6

    Setelah masak, bleh diangkat dan hidangkan. Boleh juga dicicahkan bersama sos jika mahu. Rasanya rangup seperti keropok.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Izzati Binti Mohd Kasa
pada

Komen

Resipi Sepertinya