Mee Segera Tom Yam ala Oden

Oden. Apa tu? Tak pernah makan. Tengok Google, banyak resipi kata, kena campur pes asam pedas dan pes tom yam. Alia guna, apa yang ada di rumah. Cuma, bebola ikan, baru beli tadi.
Mee Segera Tom Yam ala Oden
Oden. Apa tu? Tak pernah makan. Tengok Google, banyak resipi kata, kena campur pes asam pedas dan pes tom yam. Alia guna, apa yang ada di rumah. Cuma, bebola ikan, baru beli tadi.
Cara Memasak
- 1
Cucuk bebola ikan dan aneka makanan laut kepada 3 batang lidi.
- 2
Panaskan air. Masukkan pes tom yam dan serai.
- 3
Masukkan pes cili Thai.
- 4
Masukkan belacan bakar.
- 5
Masukkan bebola ikan dan aneka makanan laut yang telah dicucuk dengan lidi ke dalam periuk.
- 6
Kemudian, perahkan limau kasturi yang telah dibelah dua. Biarkan sehingga bebola ikan dan aneka makanan laut masak.
- 7
Angkat dan ketepikan. Hidangkan dalam mangkuk.
Masukkan mee segera ke dalam periuk tadi. Masukkan garam. Dah masak, angkat dan letakkan dalam mangkuk sama.
- 8
Letakkan crushed chilli di atas mee segera.
Kemudian, tuang kuah ke dalam mangkuk tersebut. Siap untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Oden Tom Yam Ayam Tercucuk Oden Tom Yam Ayam Tercucuk
#oden#goldenapron2020Sofiah tak pernah makan oden. Mak kata, resipi oden, biasanya ada campuran rasa asam pedas dan tom yam. Sofiah tak suka, kalau campur rasa. Jadi, mak kata, buat tom yam sahaja. Tapi, kita cucukkan ayam ala ala steamboat. Athirah Sofiah -
Mee Goreng Tom Yam Basah Mee Goreng Tom Yam Basah
Masa kerja dulu, ada satu kedai jual Bihun Goreng Tom Yam, sedap sangat. Tapi dalam otak teringat juga keenakan Mee Goreng Basah kedai lain pula.Atas kerinduan kepada dua masakan itu, terhasil lah Mee Goreng Tom Yam Basah. Lepas masak tadi, terus makan. Alhamdulillah. Puas hati sebab sedap.#GlobalApron2024#Challenge8#PotLuck#MeeKuningUdangSotongTepungJagungBuahOrenCendawanTimunMee kuningUdangSotongTepung jagungBuah OrenCendawanTimun Alia Ali -
Tom Yam Ayam Cepat Mudah Tom Yam Ayam Cepat Mudah
#goldenapron2020Dulu ingatkan tom yam susah masak. Rupa-rupanya senang. Lagi lagi kalau tahu caranya. Alia Ali -
Seafood Tom yam Seafood Tom yam
Tom yam ialah sejenis sup yang berasal daripada Thailand. Untuk memasak tom yam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat. Tom yam berisikan ayam yang dipotong kecil-kecil dikombinasikan bersama rempah seperti serai, daun limau purut, halia dan cili.Petua rahsia yang jarang diketahui ramai dalam memasak tom yam ialah akar ketumbar dan lengkuas. Daun ketumbar juga merupakan bahan penyedap rahsia alami tom yam. Jangan silap membezakan daun ketumbar dengan daun sup ya. Nora Hj Talib -
-
Oden 🍢 Asam Pedas Tomyam Oden 🍢 Asam Pedas Tomyam
#oden#goldenapron2020 lCerita pasal oden ni kami sekeluarga pernah la makan sekali kat genting highland, beli kat Family Mart. Masa tu perut semua lapar dan cuaca kat sana pula sejuk, bila makan oden ni memang tak cukup beli 2 mangkuk😅. Rasa dia memang sedap dan berbaloi la beli. Hari ni pun pertama kali buat resepi Oden. Saya gunakan bahan-bahan yang ada kat rumah dan oden yang dicucuk adalah udang, ayam dan sosej. Bahan bahan oden tu bole dipelbagaikan ikut selera dan citarasa sendiri. Saya buat perasa asam pedas dan tomyam juga di campurkan bersama maggi. Jom tengok resepi yang saya buat 😊 Aziela Amin -
Oden Oden
#oden#goldenapron2020Bonus datang lagi !!Sebenarnya senang je nak masak oden ni. Tapi sebelum tu I nak berterima kasih kepada orang yang cipta resipi kuah oden ni. Pada suatu ketika, oden ni popular, setiap kedai yang saya pergi mesti kehabisan pes asam pedas dan pes tomyam Adabi. Terpaksa saya guna brand yang lain. Tapi betul la resipi tu. Memang sedap dan mudah untuk menyediakan kuah oden. Setiap kali saya nak buat oden, saya gunakan saja pes asam pedas dan pes tom yam.Kalau kuah dah pedas, saya tak perlu sediakan sambal pencicah ala-ala Johnny Steamboat. Biasalah orang Malaysia ni kalau makan tiada sambal memang tak sempurna hidangan tu. Nak-nak lagi kalau yang dah biasa makan pedas, kalau tak ada sambal mesti selera tu slow je.Untuk menyediakan bahan yang lain seperti fishball dan fishcake semua tu terpulang kepada citarasa you all. Dalam peti sejuk rumah saya memang dah ada Combo set Steamboat. Tak perlu saya pening-pening nak beli itu ini. Celup sahaja dalam kuah oden, dan sedia nikmati.Dah lah cuaca mendung. Dapat makan oden macam ni wahhhhhh.. happening!!Selamat mencuba. Gyna Elenna -
Tom Yam Udang Tom Yam Udang
Resepi Tom Yam Udang kali ini, Kak Long letak daun ketumbar. Sebenarnya daun ketumbar banyak khasiatnya. Dulu Kak Long tak suka bau daun ketumbar sebab bau ia terlalu kuat dan tekak tak boleh terima . Tapi lelama eh.. macam sedap la pula. Sekarang daun ketumbar Kak Long makan buat ulam. Bagus untuk turunkan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko sakit jantung. Dalam masakan Tom Yam Udang kali ini bukan saja daun ketumbar Kak Long gunakan tetapi Kak Long gunakan juga akar ketumbar di rebus dan di masukkan ke dalam kuah Tom Yam. Untuk asam, Kak Long tak guna asam limau, tetapi Kak Long gantikan dengan asam keping. Manakala untuk perasa masin Kak Long gunakan air sotong sahaja tanpa memasukkan garam .#CookEveryPart4 Nana Isya -
Daging Goreng Tom Yam Daging Goreng Tom Yam
Untuk pes tom yam boleh juga gunakan untuk menggoreng daging selain masak yang berkuah,rasa masam manis kuah sangat serasi bersama daging.#CookpadApron2025 Erma Yusnida -
Tom Yam Ikan Bawal Tom Yam Ikan Bawal
#goldenapron2020#minggu25Selalu kita masak tom yam ayam, tom yam daging, tom yam seafood atau tom yam campur.Apa kata cuba masak tom yam ikan. Agak jarang orang masak. Sedap juga tau. Resepi tom yam ikan nie selalu arwah mak masak masa kecik dedulu. Biasanya guna ikan bawal.Kebetulan stok ikan bawal dalam peti sejuk ada, jadi kali nie saya masak tom yam ikan bawal. Sedap tau bila dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.Lagipun sebut jea tom yam, semua orang dah pasti bayangkan rasa macam mana. Jom cuba resepi ini😘 Noor Hassan -
Udang sambal Tomyam Udang sambal Tomyam
Nak makan ala tom yam tapi x mau yang berkuah,jadinya kita buat sambal udang bersama pes tom yam😊 Erma Yusnida -
Tom yam sotong Tom yam sotong
Tom yam memang kesukaan anak dara saya. Lagi-lagi lah tom yam makanan laut. Sudah lama juga tak menyediakan menu tom yam tapi hari ni saya sengaja buat lebihkan sotong berbanding sayur-sayuran. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen