Seafood Tom yam

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor

Tom yam ialah sejenis sup yang berasal daripada Thailand. Untuk memasak tom yam kena pastikan rasanya pedas, masam dan pekat. Tom yam berisikan ayam yang dipotong kecil-kecil dikombinasikan bersama rempah seperti serai, daun limau purut, halia dan cili.

Petua rahsia yang jarang diketahui ramai dalam memasak tom yam ialah akar ketumbar dan lengkuas. Daun ketumbar juga merupakan bahan penyedap rahsia alami tom yam. Jangan silap membezakan daun ketumbar dengan daun sup ya.

Seafood Tom yam

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahagian A
  2. Ayam - potong kecil
  3. Makanan laut (udang, sotong)
  4. Sebiji bawang besar (hiris), lagi sedap guna bawang holland
  5. 2 batangserai (ketuk dan hiris menyerong)
  6. 4 ulasbawang putih (ketuk)
  7. 5 helaidaun limau purut (buang urat tengah utk elakkan pahit)
  8. Seinci Lengkuas (hiris)
  9. 1/2genggam Cili padi (ketuk)
  10. Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan)
  11. Bahagian B
  12. Pes tom yam botol kecil
  13. Pes cili thai
  14. 1 sudu besarsos ikan
  15. 4 sudu besarSusu cair sejat
  16. Daunketumbar (hiris)
  17. Limau nipis

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.

    Kemudian masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih.

  2. 2

    Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu. Rebus hingga ayam bertukar warna menjadi putih.

  3. 3

    Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas

  4. 4

    Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran

  5. 5

    Kemudian masukkan pes tom yam, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

  6. 6

    Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

  7. 7

    Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
pada
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor
Ini merupakan buku resepi ibu yang tidak di bukukan bagi memudahkan ibu mencari semula. Ada resepi google dan ada resepi turun temurun. Resepi google yang menjadi sahaja ibu muatkan di sini. Sejujurnya ibu kurang mahir memasak. 😁😁😁
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya