Tauhu Masak Stim

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Menu ni saya masak beberapa hari yang lepas cuma tak sempat nak muat naik resipi nya di Cookpad. Masa tu tengah kalut ada tetamu yang tak disangka datang bertandang ke rumah. Kebetulan kami sekeluarga baru sahaja hendak menjamu selera. Alang-alang tu ajak
la tetamu tu makan sekali. Nak snap elok-elok pun tak sempat. Segan pulak tetamu nampak, lagi pun tak kan tetamu nak tunggu lepas habis snap gambar baru nak makan kan? Menu ni simple je, tetapi sedap dimakan ketika masih panas lagi.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 orang
  1. 1 kepingtauhu lembut
  2. 1sudu besar minyak masak
  3. 2sudu besar udang kering
  4. 1biji bawang merah
  5. 1 ulasbawang putih
  6. 1 batangdaun sup
  7. 2sudu besar sos tiram
  8. 2sudu besar kicap pedas manis Mahsuri
  9. 2sudu besar kicap lemak manis Mahsuri
  10. 1 cawanair (jika nak kurangkan juga boleh kepada 1/2 cawan)
  11. 1sudu kecil tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  12. 2sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Tauhu di belah dua (potong melintang kerana tauhu ni besar dan tinggi) dan dikelar-kelar tetapi jangan putus. Panaskan kukusan. Letak 1 sudu besar minyak pada loyang dan susun tauhu di atas nya. Kukus 10-15 minit. Sangai udang kering dan tumbuk halus.

  2. 2

    Bawang merah dan bawang putih dihiris nipis, digoreng hingga kekuningan. Ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan air, sos tiram, kicap pedas manis, kicap lemak manis. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

  3. 3

    Angkat dengan perlahan tauhu letakkan di dalam pinggan dan curahkan kuah tadi. Tabur bawang goreng, daun sup dan udang kering. Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga letak serbuk lada/cili potong tetapi kicap pedas itu memang sudah cukup pedas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya