Rojak Tauhu Bakar

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Happy sangat tau.. Tak pernah anak2 nak makan tauhu dengan serius kalau dimasak tambah tauhu dalam sayur ke atau apa-apa menu.. Kadang-kadang geram pun ada.. Masa buat ni tawakal aje, mama yang teringin nak makan.. sekali cuba, penangan ROJAK TAUHU sama Sos yang padu terangkat habis, cukup rasa semua.. sampai berebut nak tambah😅.. Oh rojak tauhu bakar..😋😋 Termimpi mimpi nak lagi😄

Rojak Tauhu Bakar

7 orang bercadang membuatnya

Happy sangat tau.. Tak pernah anak2 nak makan tauhu dengan serius kalau dimasak tambah tauhu dalam sayur ke atau apa-apa menu.. Kadang-kadang geram pun ada.. Masa buat ni tawakal aje, mama yang teringin nak makan.. sekali cuba, penangan ROJAK TAUHU sama Sos yang padu terangkat habis, cukup rasa semua.. sampai berebut nak tambah😅.. Oh rojak tauhu bakar..😋😋 Termimpi mimpi nak lagi😄

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4ketul tauhu putih
  2. 10ketul tauhu kering
  3. 4 kepingikan puchok goreng
  4. 1/2biji timun - dipotong kecil
  5. 1/2 batanglobak merah - disagat
  6. 1/2biji sengkuang
  7. 1mangkuk kecil kubis - dihiris kecil
  8. 1mangkuk kecil kacang tanah - yang telah disangai & dirumbuk
  9. Sedikitbijan putih - yang telah disangai
  10. Sos rojak mudah :
  11. 6biji cili api - kalau suka pedas boleh tambah
  12. 2sudu besar serbuk cili - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
  13. 1/2buku gula melaka - dihiris atau diracik halus
  14. 1/4 cawangula pasir
  15. 1 sudu makanrasa sifu
  16. 5sudu besar kicap manis
  17. 1/3 cawansos cili
  18. 1 cawanair panas
  19. 1 sudu makantepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan sos

Cara Memasak

  1. 1

    Goreng dahulu tauhu biasa, angkat dan toskan minyak.
    Kemudian panaskan pemanggang bakar semua tauhu tersebut. Kemudian boleh potong ikut citarasa.

  2. 2

    Dalam periuk satukan semua bahan sos rojak kecuali bancuhan tepung jagung.

  3. 3

    Masak hingga mendidih selepas itu rasa mana yang kurang boleh tambah hingga secukup rasa. Masukkan bancuhan tepung jagung kacau sebati tutup api.

  4. 4

    Cara hidangan, dalam pinggan letak semua jenis tauhu, letak salad/sayur tuang sos. Tabur kacang tanah tumbuk & bijan sangai sedia dinikmati, sedap sangat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya