Pulut Kuning Halba

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

#goldenapron2020
Namapun orang melayu, pulut kuning tak akan berpisah jauh heheheh. Jom kukus pulut kuning. Senang je ✌🏽🤩🤤

Pulut Kuning Halba

#goldenapron2020
Namapun orang melayu, pulut kuning tak akan berpisah jauh heheheh. Jom kukus pulut kuning. Senang je ✌🏽🤩🤤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
1 hidangan
  1. Bahan A
  2. 1/2peket beras pulut (rendam 3 jam atau semalaman dengan 1 keping asam keping dan 1 sudu serbuk kunyit) - kita buat kuantiti sikit ye
  3. Bahan B (santan cair)
  4. 1mangkuk santan cair (santan yang sudah bercampur dgn air)
  5. 1sudu garam
  6. 1/2sudu halba (tak bubuh pun tak pe)
  7. 👆🏼gaul semuanya
  8. Bahan C (santan pekat)
  9. 1 kotakkecil santan pekat (kita guna saji)
  10. 1sudu garam
  11. 1biji bawang kecil dihiris
  12. 👆🏼gaul semuanya

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Mula-mula pastikan dah rendam beras pulut dgn serbuk kunyit dan asam keping. Lagi lama kita rendam lagi elok kejadiannya. Kemudian, masukkan ke dalam periuk pengukus. Dan kukus sekejap dalam 15 minit bagi beras pulut bertukar nak masak.

  2. 2

    Kemudian, buka tutup pengukus, masukkan bahan B dan gaul sebati. Kukus lagi hingga lembut dalam 10 minit.

  3. 3

    Kemudian, ulang lagi langkah yg sama, cuma kali ni masukkan bahan C iaitu santan pekat. Gaul2 lagi sebati, dan rasa pulut kita. Kalau kurang rasa, boleh ditambahkan garam sedikit lagi dlm santan. Kemudian kukus lagi sehingga betul2 lembut, masak elok.

  4. 4

    Dah masak elok, bolehla dicedok dan masukkan ke dalam loyang. Tekan mampat2 bagi cantik kejadiannya. Asam keping yg kita guna utk rendam pulut tu adalah untuk mengilatkan kejadian pulut kuning kita. Dah siap, bolehla dimakan bersama rendang ayam mak mentua sayang 😋😍🤤. Resepi rendang dalam entri yang lain ye. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen (9)

Erma Yusnida
Erma Yusnida @acik_dapo
Oitt sedap yer letak halba belum pernah cuba😅

Resipi Sepertinya