Bubur nasi halia

Lucy’s cooking
Lucy’s cooking @Lucy_cooking
Kota Kinabalu, Sabah

Bubur nasi ni menjadi menu saya sewaktu tidak sihat sebab ini saja yang senang ditelan😄. Bubur ni senang saja cara masaknya tapi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu menjaga api dan mengacaunya selalu agar tidak hangit. Menu ni insprasi daripada @kamekmizah. Saya cuba dan anda pun cubalah😄

#buburnasi
#goldenapron2020
#cooksnap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1-2 jam
4 orang
  1. 1 cawanBeras
  2. Air 8 cawan (mengikut keperluan)
  3. Bawang merah 1 biji
  4. Halia 1 inci
  5. Bilis segengam
  6. 3 cawanminyak masak
  7. Serbuk cukup rasa 4 tbsp (mengikut keperluan)
  8. 1biji telur (hiasan)

Cara Memasak

1-2 jam
  1. 1

    Cuci dan rendam beras selama 2 jam

  2. 2

    Goreng telur dan ketepikan (hiris nipis atau ikut suka cara hiasan)

  3. 3

    Tumis bawang merah,halia dan ikan bilis hingga sedikit garing

  4. 4

    Masukkan 2 cawan air. Biar sehingga mendidih.

  5. 5

    Masukkan beras yang telah ditoskan

  6. 6

    Kacau dan tambah air sekiranya kelihatan kering.

  7. 7

    Tutup sebentar dan pastikan sentiasa dikacau dan ditambah air agar bubur tidak melekat diperiuk.

  8. 8

    Masukkan serbuk cukup rasa.

  9. 9

    Setelah bubur masak letak telur goreng sebagai hiasan atau ikut suka macammana nak hias.

  10. 10

    Sedia untuk dinikmati😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Lucy’s cooking
Lucy’s cooking @Lucy_cooking
pada
Kota Kinabalu, Sabah
Suka resepi yang simple dan mudah disediakan😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya