Ikan Cencaru Sambal Tumis Maggi

#goldenapron2020 #minggu22 #CookpadderPerak #sambaltumisMaggi #ikancencaru
Assalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Diharapkan semuanya sihat belaka ya.
Baiklah, hari ini CN teringin nak makan Ikan Cencaru Sambal. Jadi CN gunakan Sambal Tumis Maggi yang amat mudah untuk dimasak selain rasanya juga enak. Tak perlu nak tambah air asam jawa lagi. CN hanya tambahkan Maggi Secukup Rasa dan sedikit gula. Memang sedap. Jemputlah cuba ya. ❤️
Ikan Cencaru Sambal Tumis Maggi
#goldenapron2020 #minggu22 #CookpadderPerak #sambaltumisMaggi #ikancencaru
Assalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Diharapkan semuanya sihat belaka ya.
Baiklah, hari ini CN teringin nak makan Ikan Cencaru Sambal. Jadi CN gunakan Sambal Tumis Maggi yang amat mudah untuk dimasak selain rasanya juga enak. Tak perlu nak tambah air asam jawa lagi. CN hanya tambahkan Maggi Secukup Rasa dan sedikit gula. Memang sedap. Jemputlah cuba ya. ❤️
Cara Memasak
- 1
Lumur ikan cencaru dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 10 minit. Goreng sehingga masak dan angkat. Ketepikan.
- 2
Panaskan minyak, tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga layu. Masukkan Sambal Tumis Maggi. Kacau rata sehingga sambal masak sempurna.
- 3
Tambahkan tomato jika suka dan perasakan dengan Maggi Secukup Rasa dan gula. Biarkan sehingga sambal pekat. Sudukan di atas ikan cencaru goreng tadi.
- 4
Taburkan daun sup sebagai hiasan dan sedia untuk dinikmati.
Resipi Sepertinya
-
Sambal Ikan Rebus Goreng Sambal Ikan Rebus Goreng
#goldenapron2020 #minggu12 #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. Entri kali ini CN kongsikan resipi Sambal Ikan Rebus Goreng yang menjadi kegemaran suami CN.Sambal ini ala Sambal Ikan Aye Terengganu yang dinikmati bersama Nasi Lemak. Oleh kerana Encik Suami sukakan Ikan Kembung, jadi CN ganti Ikan Tongkol (Ikan Aye) dengan Ikan Kembung. Rasanya sedap juga.Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Bubur Nasi Bunga Telang Bubur Nasi Bunga Telang
#goldenapron2020 #minggu25 #CookpadderPerak #buburnasi #bungatelangAssalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Selamat berhujung minggu.Kali ini CN kongsikan resipi bubur nasi menggunakan bunga telang sebagai penganti kepada pewarna makanan. Nampak cantik pula bubur nasi berwarna biru kan? Kebiasaannya kita makan bubur nasi berwarna putih saja, tetapi kali ini CN cuba hasilkan bubur berwarna biru untuk menaikkan selera menikmatinya.Selain udang, kawan-kawan boleh gunakan juga isi ayam atau daging mengikut citarasa. CN juga sukakan rasa bubur yang pedas, jadi CN taburkan serbuk cili ketika mahu menikmatinya.Selamat mencuba. ♥️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Piza Seafood Maggi Piza Seafood Maggi
#goldenapron2020 #minggu36 #CookpadderPerak #PizaMaggiAssalammualaikum sahabat Cookpadders. ❤ Akhirnya kita telah tiba di minggu terakhir Peraduan Golden Apron 2020. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang berjaya mengakhiri peraduan ini.Untuk menu terakhir Golden Apron 2020, CN kongsikan resipi Piza Seafood Maggi yang CN pertaruhkan untuk Peraduan #SnekMacamPro anjuran Nestle.Alhamdulillah. Piza ini sedap dan mudah disediakan. Sahabat semua boleh cuba nanti ya. CN gunakan sebungkus Maggi saja dan ia sudah pun cukup mengenyangkan. Untuk topping, boleh gantikan dengan isi ayam, daging atau sosej mengikut citarasa anda.Selamat mencuba dan jumpa lagi di Golden Apron 2021. Insya Allah ❤#CNdidapur #34bintang #2020 Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
French Toast Santan French Toast Santan
#goldenapron2020 #minggu31 #CookpadderPerak #frenchtoast #santanAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. Harapnya sahabat semua sihat-sihat saja.Baiklah hari ini CN kongsikan resipi sarapan yang mudah dan enak. Kenapa enak? Kerana CN gunakan santan kelapa menggantikan susu.Rasa french toast ini lemak manis dan harum aroma santan. Enak dimakan begitu saja atau dinikmati dengan madu atau maple syrup.Selamat mencuba. ❤#CNDidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Cili Padi Bawal bersama Terung Sambal Cili Padi Bawal bersama Terung
#goldenapron #minggu20 #minggukeduapuluh #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah sudah sampai kita ke minggu 20 bagi pertandingan Golden Apron ini. Tak lama lagi ia akan berakhir dan pastinya CN merindui detik-detik perkongsian resipi bersama sahabat semua.CN seorang yang amat sukakan makanan laut. Ikan bawal merupakan antara ikan kegemaran CN. Biasanya CN masak ikan bawal goreng atau dimasak kari. Rasanya ya ampun memang sedap sekali. CN sukakan isinya yang putih dan halus. Suka sungguh CN mencubit isinya untuk diratah. 🤣Kali ini CN masak ikan bawal bersama terung bersambal cili padi. Aduh memang pedas dan terangkat. Makan dengan Nasi putih yang panas-panas. Memang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Baiklah, tak nak menulis panjang lebar, sahabat semua jemputlah cuba ya. ❤️❤️❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Roti Sardin Cheesy Roti Sardin Cheesy
#goldenapron #mingguketiga #cookpadmalaysia #roti #sardinAssalammualaikum sahabat Cookpadders semua. ❤️Entri kali ini CN kongsikan resipi Roti Sardin Cheesy yang amat sesuai untuk dibuat sarapan atau minum petang.Ramuan utamanya adalah ikan sardin dalam tin. Dan tentunya ikan sardin ini mempunyai peminat tersendiri. Ia mudah dimasak dan rasanya enak.Selamat mencuba resipi ini ya.Nota:1. Jika mahu inti sambal sardin yang pedas, tambahkan cili padi.2. Baki inti sambal sardin ini boleh disimpan di dalam freezer.3. Telur berfungsi sebagai gam pelekat untuk roti.4. Untuk pastikan roti melekat dengan baik, simpan di dalam freezer selama 10 - 30 minit.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Daging Kambing Sambal Daging Kambing
#goldenapron #minggu18 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN. Apa khabar semuanya? Diharap sihat-sihat sahaja ya.Baiklah untuk Golden Apron Level 18 ini, CN kongsikan resipi Sambal Daging Kambing yang menjadi kegemaran CN. Untuk makluman semua, CN memang sukakan daging kambing. Selain dimasak sambal, CN juga gemarkan kambing panggang atau Lamb Grill. Walah sedap sungguh rasanya 😍Pun begitu, CN sedia maklum ada yang tidak sukakan daging kambing kerana baunya yang sedikit hamis kan? CN ada terbaca petua dari seorang Cookpadders bernama Aznie Khasri. Petuanya cukup mudah. Rendam daging kambing untuk tempoh masa yang lama untuk membuang darahnya. Ini kerana darah daging kambing itulah yang menimbulkan bau hamis tersebut. CN juga lumurkan tepung gandum pada daging kambing dan membasuhnya bersih-bersih.Alhamdulillah setakat ini, kaedah ini berkesan untuk CN. Kawan-kawan boleh cuba petua dari Aznie Khasri ini ya. Terima kasih Aznie ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat
#goldenapron #minggu19 #minggukesembilanbelas #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders.Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat adalah menu kegemaran CN seisi keluarga. Isi ikan jenahak yang lembut dan manis bergandingan dengan gulai berlemak dan pedas memang menambat selera. Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.Menu gulai ini amat ringkas dan mudah disediakan. CN sukakan aroma serai dan daun kunyit yang harum. Cukup menyelerakan apabila dimakan.Selamat mencuba ya kawan-kawan 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Smoothie Pisang Kurma Smoothie Pisang Kurma
#goldenapron2020 #minggu9 #CookpadderPerak #Syawal1441H #pisang #kurmaAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. Pejam celik, rupanya kita sudah dihujung Syawal iaitu 29 Syawal 1441H (21 Jun 2020). Dan hari ini juga merupakan Hari Bapa Sedunia. CN mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk semua sahabat-sahabat Cookpadders yang bergelar Bapa. Moga berbahagia bersama keluarga tercinta.Baiklah, minggu ini CN kongsikan minuman Smoothie kegemaran CN. Ia bukan saja sedap malah mengenyangkan. Oh ya! minggu lalu iaitu minggu 8, CN tidak dapat berkongsi resipi kerana ada urusan keluarga. Itu yang lebih utama. Insya Allah, CN akan kongsikan lagi resipi sepanjang peraduan Golden Apron 2020 ini berlangsung. Doakan CN ya. Semoga sahabat semua dapat mencuba resipi ini dan menikmatinya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Cucur Udang Geragau Sailor Cucur Udang Geragau Sailor
#goldenapron #minggukesebelas #minggu11 #CookpadMalaysia #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders yang dihormati sekalian. Alhamdulillah kali ini CN berpeluang untuk berkongsi resipi Cucur Udang Geragau kesukaan Encik suami CN.Beliau memang 'Hantu' udang geragau. Setiap kali CN nak memasak, beliau akan tanya, "Ada tak udang geragau?" Alamak CN jadi tak sampai hati pula untuk menghampakan permintaan Encik suami. Jadi, CN cuba olah resipi cucur ini dengan memasukkan udang geragau ke dalamnya. Tetapi hati-hati dengan sukatan garam ya. Sebab udang geragau sudah pun masin. Sebab itu CN rendamkan seketika untuk mengurangkan rasa masinnya. Malah CN gunakan serbuk perasa Secukup Rasa bagi menggantikan garam. Alhamdulillah Encik suami pun suka. Sedap katanya. Kawan-kawan bolehlah mencuba resipi ini. 😍😍😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Tumis Bilis #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia Sambal Tumis Bilis #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia
Assalammualaikum ❤️Kali ini CN kongsikan resipi Sambal Tumis Bilis yang sedap dan amat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas-panas. Resipi ini CN peroleh dari Allahyarhamah Nenek kawan baik CN. Sambal Tumis Bilis air tangan Nenek amat sedap dan tiada tandingan walaupun menggunakan bahan yang sama. Terima kasih Nenek.Selamat mencuba 😍Nota:1. Kepedasan sambal bergantung kepada citarasa anda. Boleh tambah atau kurangkan cili kisar ya.2. Pastikan ikan bilis digoreng sekadar layu saja ya. Lalu ditos.3. Gunakan bawang ros kerana rasanya yang lebih manis dan sesuai dimasak untuk sambal.#CNdidapur #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Pasta Carbonara Udang dan Bayam Brazil Pasta Carbonara Udang dan Bayam Brazil
#goldenapron2020 #minggu16 #CookpadderPerak #pastacarbonaraAssalamualaikum sahabat Cookpadders. Bagi peminat Pasta, boleh cuba resipi ini ya. CN gantikan krim dengan santan. Dan rasanya pun enak. Lebih sedap ditambah bayam Brazil yang CN tanam sendiri. Rasanya segar sekali.Selamat mencuba. ♥️Tips:Jika mahu sos yang banyak, lebihkan santan.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)