Sambal Cili Padi Bawal bersama Terung

#goldenapron #minggu20 #minggukeduapuluh #saturesipisatupohon #CookpadderPerak
Assalammualaikum sahabat CN ❤️
Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah sudah sampai kita ke minggu 20 bagi pertandingan Golden Apron ini. Tak lama lagi ia akan berakhir dan pastinya CN merindui detik-detik perkongsian resipi bersama sahabat semua.
CN seorang yang amat sukakan makanan laut. Ikan bawal merupakan antara ikan kegemaran CN. Biasanya CN masak ikan bawal goreng atau dimasak kari. Rasanya ya ampun memang sedap sekali. CN sukakan isinya yang putih dan halus. Suka sungguh CN mencubit isinya untuk diratah. 🤣
Kali ini CN masak ikan bawal bersama terung bersambal cili padi. Aduh memang pedas dan terangkat. Makan dengan Nasi putih yang panas-panas. Memang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Baiklah, tak nak menulis panjang lebar, sahabat semua jemputlah cuba ya. ❤️❤️❤️
Sambal Cili Padi Bawal bersama Terung
#goldenapron #minggu20 #minggukeduapuluh #saturesipisatupohon #CookpadderPerak
Assalammualaikum sahabat CN ❤️
Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah sudah sampai kita ke minggu 20 bagi pertandingan Golden Apron ini. Tak lama lagi ia akan berakhir dan pastinya CN merindui detik-detik perkongsian resipi bersama sahabat semua.
CN seorang yang amat sukakan makanan laut. Ikan bawal merupakan antara ikan kegemaran CN. Biasanya CN masak ikan bawal goreng atau dimasak kari. Rasanya ya ampun memang sedap sekali. CN sukakan isinya yang putih dan halus. Suka sungguh CN mencubit isinya untuk diratah. 🤣
Kali ini CN masak ikan bawal bersama terung bersambal cili padi. Aduh memang pedas dan terangkat. Makan dengan Nasi putih yang panas-panas. Memang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Baiklah, tak nak menulis panjang lebar, sahabat semua jemputlah cuba ya. ❤️❤️❤️
Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak. Goreng ikan bawal dan terung yang telah digaul dengan garam dan serbuk kunyit sehingga garing. Angkat dan tos. Ketepikan.
- 2
Dengan menggunakan lebihan minyak goreng tadi, tumis bahan kisar sehingga garing. Kacau rata.
- 3
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam keping. Kacau sehingga sambal menjadi pekat.
- 4
Akhir sekali masukkan ikan bawal dan terung goreng tadi. Kaup balikkan sehingga sebati. Sedia untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Ikan Rebus Goreng Sambal Ikan Rebus Goreng
#goldenapron2020 #minggu12 #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders sekalian. Entri kali ini CN kongsikan resipi Sambal Ikan Rebus Goreng yang menjadi kegemaran suami CN.Sambal ini ala Sambal Ikan Aye Terengganu yang dinikmati bersama Nasi Lemak. Oleh kerana Encik Suami sukakan Ikan Kembung, jadi CN ganti Ikan Tongkol (Ikan Aye) dengan Ikan Kembung. Rasanya sedap juga.Selamat mencuba ya.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kari Ikan Bawal (tanpa santan) Kari Ikan Bawal (tanpa santan)
#goldenapron2020 #minggu28 #CookpadderPerak #kari #kariikan #kariikanbawal #karitanpasantanAssalammualaikum sahabat Cookpadder yang dihormati sekalian.Bertemu lagi kita. ❤Hari ini CN kongsikan resipi Kari Ikan Bawal tanpa menggunakan santan. Kari ini pekat dan kaya dengan rempah. Sesuai buat kawan-kawan yang sedang berdiet dan mahu mengurangkan pengambilan santan.Santan juga boleh digantikan dengan yogurt jika kawan-kawan mahukan kari versi sihat.Selamat mencuba. 👌#CNDiDapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ikan Cencaru Sambal Tumis Maggi Ikan Cencaru Sambal Tumis Maggi
#goldenapron2020 #minggu22 #CookpadderPerak #sambaltumisMaggi #ikancencaruAssalammualaikum sahabat Cookpadders semua. Diharapkan semuanya sihat belaka ya.Baiklah, hari ini CN teringin nak makan Ikan Cencaru Sambal. Jadi CN gunakan Sambal Tumis Maggi yang amat mudah untuk dimasak selain rasanya juga enak. Tak perlu nak tambah air asam jawa lagi. CN hanya tambahkan Maggi Secukup Rasa dan sedikit gula. Memang sedap. Jemputlah cuba ya. ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal Daging Kambing Sambal Daging Kambing
#goldenapron #minggu18 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN. Apa khabar semuanya? Diharap sihat-sihat sahaja ya.Baiklah untuk Golden Apron Level 18 ini, CN kongsikan resipi Sambal Daging Kambing yang menjadi kegemaran CN. Untuk makluman semua, CN memang sukakan daging kambing. Selain dimasak sambal, CN juga gemarkan kambing panggang atau Lamb Grill. Walah sedap sungguh rasanya 😍Pun begitu, CN sedia maklum ada yang tidak sukakan daging kambing kerana baunya yang sedikit hamis kan? CN ada terbaca petua dari seorang Cookpadders bernama Aznie Khasri. Petuanya cukup mudah. Rendam daging kambing untuk tempoh masa yang lama untuk membuang darahnya. Ini kerana darah daging kambing itulah yang menimbulkan bau hamis tersebut. CN juga lumurkan tepung gandum pada daging kambing dan membasuhnya bersih-bersih.Alhamdulillah setakat ini, kaedah ini berkesan untuk CN. Kawan-kawan boleh cuba petua dari Aznie Khasri ini ya. Terima kasih Aznie ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat
#goldenapron #minggu19 #minggukesembilanbelas #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders.Gulai Lemak Ikan Jenahak dan Terung Bulat adalah menu kegemaran CN seisi keluarga. Isi ikan jenahak yang lembut dan manis bergandingan dengan gulai berlemak dan pedas memang menambat selera. Boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.Menu gulai ini amat ringkas dan mudah disediakan. CN sukakan aroma serai dan daun kunyit yang harum. Cukup menyelerakan apabila dimakan.Selamat mencuba ya kawan-kawan 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.Memasak Sepenuh Cinta♥️Nota:1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Murtabak Mini NuMee Murtabak Mini NuMee
#goldenapron #minggu15 #minggukelimabelas #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN ❤️Wow tak sangka kita sudah pun berada di minggu ke-15 bagi pertandingan Golden Apron. Alhamdulillah gembira sungguh rasa hati CN kerana dapat berkongsi resipi air tangan CN dan suami di Cookpad 😍Kali ini CN kongsikan resipi Murtabak Mini NuMee yang CN cipta dengan hanya menggunakan 11 bahan saja menerusi pertandingan NuMee baru-baru ini. Pertama kali membuatnya, CN begitu teruja. Rasanya memang sedap. Tak sangka cepat habis dimakan oleh Encik Suami. Tidak hanya rangup malah ia mengenyangkan. Alhamdulillah. ♥️NuMee ini tidak perlu dimasak lama kerana tekstur nya yang lembut. Cukup sekadar dicelur dengan air panas selama 10 saat saja. Selain itu, inti murtabak ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. CN lebih sukakan saiz murtabak yang mini kerana lebih terasa rangup kala digigit.Selamat mencuba ya 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Bawal Goreng Sambal Kentang Bawal Goreng Sambal Kentang
067/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2227 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 14 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Ikan bawal ni antara ikan yang paling hakak jarang beli. Last beli masa Golden Apron last year rasanya ke tahun sebelum tu😅. Sebabnya hakak kurang suka ikan ni. Tapi disebabkan kegigihan untuk dapat e-cert mingguan tu masih berkobar2, tu hakak beli dan masak juga tu😆Kisahnya bukan tak boleh makan. Boleh je makan cuma kurang gemor je🤭Jadi untuk bagi hakak makan berselera, hakak buat sambal. Hat kentang tu saja untuk buat bagi cukup syarat je pun. Cuma bawal tu goreng garing. Lepas tu masak sambal tuang atas ikan. Makan dengan nasi putih panas + kicap. Ada ulam sikit. So shedap. Alhamdulillah ☺️Cookpad Magic Cart ( Week 14) :🛒 Ikan Bawal🛒 Kentang Salina Jalaludin -
Terung Sambal Cili Padi 🍆🌶️ Terung Sambal Cili Padi 🍆🌶️
Menu terung sambal yang simple dan sangat disukai oleh keluarga saya 😄Makan dengan nasi kukus dan ikan goreng panas-panas pun memang dah cukup membangkitkan selera boleh bertambah2 la nasi 😆.Selamat mencuba kawan2 🤗#goldenapron2020 Mama Esya 🥰 -
Sambal Tumis Bilis #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia Sambal Tumis Bilis #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia
Assalammualaikum ❤️Kali ini CN kongsikan resipi Sambal Tumis Bilis yang sedap dan amat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas-panas. Resipi ini CN peroleh dari Allahyarhamah Nenek kawan baik CN. Sambal Tumis Bilis air tangan Nenek amat sedap dan tiada tandingan walaupun menggunakan bahan yang sama. Terima kasih Nenek.Selamat mencuba 😍Nota:1. Kepedasan sambal bergantung kepada citarasa anda. Boleh tambah atau kurangkan cili kisar ya.2. Pastikan ikan bilis digoreng sekadar layu saja ya. Lalu ditos.3. Gunakan bawang ros kerana rasanya yang lebih manis dan sesuai dimasak untuk sambal.#CNdidapur #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Bawal Emas Masak Asam Bawal Emas Masak Asam
55/2022/RoadtoWorldRecipes/1173❤️ Jekfer vs Lailer Cook-Off ❤️❤️ Ikan Masak Asam vs Kek Cawan ❤️Sejujurnya hakak kurang makan masak asam ni. Selalu balik rumah mak, memang mak masak. Tapi di rumah sendiri ini ler kali pertama masak gara-gara Si Jekfer dan Lailer ni. Udah merajuk bagai ehh. Jadi hakak sebagai jiran yang prihatin ni, usaha juga masak tu untuk bagi ke dorang 🤭😂. Tujuannya asal dorang bertenang dan tak hingaq ehh bergaduh siang malam bahas tentang masak asam dan cupcake sesaje..Untuk resipi masak asam ni, hakak guna bawal emas. Sebenarnya p pasaraya cari ikan nyok-nyok. Tapi dah tak de. Pastu tengok pulak ikan bawal sampai ada 3 jenis iaitu bawal putih, bawal hitam dan bawal emas. Jenuh tawaf dan berfikir, akhirnya hakak beli jela ikan bawal emas. Sebab bajet2 rasanya lagi sedap gamaknya (sejenis jarang beli ikan begini kan). Maka terjadilah resipi Bawal Emas Masak Asam. Sedap juga haaa 😋.Btw resipi ni inspirasi daripada @puanyani . Terima kasih ya. Resipi I ikut U Tapi ikan iolls tukar ☺️ Salina Jalaludin -
Bihun Goreng Seafood Noxxa Bihun Goreng Seafood Noxxa
#goldenapron2020 #minggu4 #periuknoxxa #Ramadan1441H #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders CN yang dihormati. Hari ini 17 Mei 2020 bersamaan 24 Ramadan 1441H. Ramadan sudah semakin menjauh pergi. Diharapkan ibadah dan amalan baik kita di bulan Ramadan ini diterima Allah SWT. Aamiin.Baiklah hari ini pertama kalinya CN kongsikan resipi menggunakan periuk tekanan tinggi Noxxa. Sangat mudah menggunakan periuk ini jika kita tahu mengendalikannya. Seperti menu Bihun Goreng Seafood ini. Hanya enam minit saja masa memasak. Ditambah waktu penyediaan secara keseluruhan hanya 10 - 12 minit saja masa diperuntukkan. Cepat kan? Paling penting tak perlu rendam bihun semalaman. Menu ini CN masak untuk sahur pagi tadi. Cepat dan mudah. Rasanya pun sedap. Encik Suami CN puji. Alhamdulillah. Jika tak faham cara penggunaan Periuk Noxxa, boleh mesej CN ya. Insya Allah CN akan cuba membantu. 👍Selamat mencuba ya kawan-kawan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441H. Maaf Zahir dan Batin. ♥️Tips:✔️Bihun tidak perlu direndam. Sukatan untuk 200gm adalah 1 - 1 1/2 cawan air. Bergantung kepada tekstur bihun yang disukai. Juga bergantung pada jenama bihun. Ada bihun yang cepat lembut dan ada juga yang keras. Kena selalu R&D ya.✔️Gunakan hanya senduk kayu sahaja. Ini bagi mengelakkan Inner pot (periuk) calar dan rosak. Ia akan mengganggu proses memasak.✔️Fungsi /Mode memasak yang CN gunakan untuk memasak Bihun ini adalah Stir Fry (Goreng) dan Steam (Kukus).#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi
Komen