Lotus Biscoff Cheesecake

Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
Kuala Terengganu

Masa time viral x sempat merasa, sekarang semua dah murah. Bolehla kita cuba.

Lotus Biscoff Cheesecake

6 orang bercadang membuatnya

Masa time viral x sempat merasa, sekarang semua dah murah. Bolehla kita cuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-5 inci
  1. 156 gbiskut lotus biscoff
  2. 70 gmentega manis
  3. 500 gcream cheese
  4. 32 ggula aising
  5. 260 gLotus Biscoff Spread Smooth
  6. 1/8 sdtgaram halus
  7. 250 mldairy whipping cream
  8. Hiasan
  9. 140 gspread lotus biscoff smooth @ crunchy
  10. 30 gbiscoff lotus cookie crumbles

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Kisar halus biskut lotus biscoff guna chopper.

  2. 2

    Cairkan butter dan sejukkan terlebih dahulu.

  3. 3

    Tuang ke dalam biskut y kita dan chopped tadi. Gaul sebati

  4. 4

    Tuang dalam loyang atau bekas y sesuai. Mai buat kecil2 supaya senang anak-anak nak makan, ambil je dalam peti. Tekan-tekan menjadi base. Jangan terlalu kuat, nanti base jadi keras. Sejukkan dalam fridge.

  5. 5

    Campurkan cream cheese dengan gula aising. Kacau sebati. Masukkan lotus biscoff spread. Kacau lagi hingga teraduk rata

  6. 6

    Masukkan secubit garam bagi naikkan rasa lemak manis gitu..

  7. 7

    Pukul whipping cream hingga kental.

  8. 8

    Tuang ke dalam adunan cheese. Kacau manja menggunakan spatula sahaja.

  9. 9

    Tuang ke dalam loyang@bekas y kita buat base tadi. Ratakan. Simpan dalam peti.

  10. 10

    Cairkan biscoff spread dan tuang ke atas cheesecake. Hias dengan lotus biscoff crumble.

  11. 11

    Sedap dinikmati selepas 4 jam di sejukkan dalam chiller

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
pada
Kuala Terengganu
🇲🇾 I'm not able to cook fancy or complicated masterpieces. Just simple meal for my four precious kids & husband.Experimenting in the kitchen is my happiness even I'm failed 🥹
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya