Popia Oksigen

#goldenapron2020
Minum petang... bukan malas nak letak inti, tapi Inti tak ada stok dalam peti ais.. oksigen pun boleh lah, itu pun habis kena makan😁
Memang sedap, semua suka pula dalam rumah ni, makan suam-suam sikit satu gigitan krupppp... kunyah krup krappp.. aduh satu tak cukup ambil lagi seketul.. sedap..
Kita tabur bijan panggang bagi mewah nyummm..
nanti boleh repeat lagi..
Popia Oksigen
#goldenapron2020
Minum petang... bukan malas nak letak inti, tapi Inti tak ada stok dalam peti ais.. oksigen pun boleh lah, itu pun habis kena makan😁
Memang sedap, semua suka pula dalam rumah ni, makan suam-suam sikit satu gigitan krupppp... kunyah krup krappp.. aduh satu tak cukup ambil lagi seketul.. sedap..
Kita tabur bijan panggang bagi mewah nyummm..
nanti boleh repeat lagi..
Cara Memasak
- 1
Lipat popia seperti popia biasa kita makan tu. Di hujung lipatan sapukan gam tepung supaya melekat kemas.
- 2
Panaskan minyak goreng hingga rangup kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- 3
Tinggalkan sedikit sahaja minyak di dalam kuali, tumis cili kisar bersama dengan udang geragau, letak gula dan secubit garam serta sos cili gaul sekata.
- 4
Apabila kelihatan berbuih terus masukkan popia dan gaul-gaulkan supaya sambal elok merata.
Angkat dan tabur bijan serta bawang goreng. Sedia dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Popia Sira Sehangat Cintamu Popia Sira Sehangat Cintamu
Lama betul tak buat popia ni. Semalam aku tak boleh tidur so masuk dapur aku sediakan inti popia ni. Pukul 2 pagi aku duk menggulung sorang sorang.Dah siap simpan dalam freezer. Petang tadi aku goreng dan buatkan sos sira dia. Makan panas panas sedap oiii. Bila gigit rangup krup krap bunyinya. Rasanya pedas pedas manis memang ngam la. ☺️Alhamdulillah anak anak kata sedap. Ok nanti kita buat stok banyak banyak simpan dalam freezer ye. Nak makan goreng je nanti. Senang kan?SELAMAT MENCUBA!😋 Nor Zahida Aini -
Popia Pedas Rangup Salut Kacang Tanah Tumbuk Popia Pedas Rangup Salut Kacang Tanah Tumbuk
#goldenapron2020Jeng jeng jeng puas hati dengan taburan... salutan kacang tanah tumbuk yang melekat pada popia pedas ni. Masak sendiri angkat bakul sendiri haha.. MasyaAllah nikmat tak terkata sebab teringin sangat nak makan yang mewah kacang macam ni.Rangup pula tu, lagilah tak sedar boleh habis 10 ketul sekali hadap aje hehehe ... tak rugi buat popia ni tau.. boleh simpan sejuk beku, buat stok di rumah. Jika tetamu datang ke, keluarga ke, anak-anak nak makan tinggal capai dan terus goreng.Cuba tau sedap popia ni.. Julia ALeen Aireish -
Popia Cendawan Carbonara Popia Cendawan Carbonara
Minggu lepas dapat makan seketul masa birthday party anak jiran..sedap...nak amik lagi seketul segan...balik rumah sendiri bikin lah 😃 jumpa resipi sis Hazila Baharudin kita #cooksnap lah satu kali.Jom buat Popia sedap ni #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Popia Sira Sambal Rangup Popia Sira Sambal Rangup
#GlobalApron2024#MenuCutiCuti#kulitpopia #telur #tepunggandumKulit popia ada lagi sikit..rasa nak makan popia sira sambal pula. Terus pergi beli kulit popia satu paket lagi & bahan2 lain. Alhamdulillah..sedap & rangup walaupun telah di sira. Anak2 pun suka makan..Tips supaya popia kekal rangup :1-Sambal kene sejukkan dulu sebelum masuk popia.2-Bila dah salut dengan sambal, angkat & jangan tindan2kan. Susun dulu dlm dulang bagi kene kipas. Dah sejuk baru boleh tindankan di dlm bekas3-Inti pun tak boleh basah..kene tapiskan minyak tumisan dulu baru masukkan ke dlm kulit popia..boleh juga tekan2 sayur dengan tisu4-Popia perlu di goreng sampai garing..biarkan suam dulu sebelum masukkan ke dlm sambal5-Sambal wajib letak banyak gula utk popia kekal rangup.. Nor Al Fatihah -
Popia Sira Popia Sira
Faa pernah menyira popia sebelum, resipi dari Google tapi tak menjadi. Frust sgt sampai bila rasa nak makan beli je.Bila beli, kadang dapat popia inti dia hanya sehelai taugeh kecut dan secebis kasih sayang carrot. Sedih ya.Semalam teringin sangat nak makan, search laa kat cookpad. Tengok resipi menyira dari @elt4suri4 macam senang.Ok jom kita buat. Allah, menjadi. Alhamdulillah. Sedap dan dapat pujian dr family 😍.Tapi x cukup..haha. Sbb takut xmenjadi, faa buat 10 ketul je, orang nya ada 6. Haha. Takpe, dah ada resipi confirm menjadi ni, bebila faa boleh repeat.Tq @elt4suri4 😍 Kakak Faa -
👩🍳Chè Bắp (Vietnamese Sweet Corn Pudding) 🇻🇳 👩🍳Chè Bắp (Vietnamese Sweet Corn Pudding) 🇻🇳
Chè perkataan Vietnamese bermaksud sup manis. Bắp bermaksud jagung. Jadi; menu ini adalah sup manis jagung atau kita panggil pengat atau bubur jagung.Inspirasi resipi @ticer_cem , pengat ini sangat enak dimakan panas atau suam. Apabila ditabur bijan putih, pengat ini lagi sedap kerana setiap gigitan jagung yang masih rangup, sago yang lembut, bijan yang ‘nutty’.🌎NegaraHurufV- Vietnam- resipi 1/3#cppassport Mahadiah -
👩🍳Popia Bunjut Cheesy 👩🍳Popia Bunjut Cheesy
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanSedap kudapan ni.. krup krap krup krap.. Makan ramai2 depan TV lagi meriah🤗Untuk buat inti boleh ganti isi ayam..Kulit popia (3 p)Keju (1 p)Total= 4 p ✅#GlobalApron2024#Challenge10#Kudapan#KulitpopiaKeju2085/3K229/2024 Mahadiah -
Popia Sambal / Popia Sira Popia Sambal / Popia Sira
#bazaarramadan#goldenapron2020Tiap kali bulan ramadhan saya suka pergi pasar ramadhan.Bukan boleh cuci mata tapi banyak menu yang ada dijual di situ.Disebab kan tahun ini tiada pasar ramadhan,terpaksa membuat sendiri popia sira / popia sambal kerana popia sambal ini salah satu kuih yang saya wajib beli.Kita buat banyak banyak dan boleh share rezeki dengan jiran jiran.Popia ini perlu tahu cara untuk menyediakan supaya ianya kekal rangup walaupun telah di sira..Popia yang sangat sangat sedap.. Dunia Hanya Sementara Fy -
Popia Crabstick Sira Pedas Popia Crabstick Sira Pedas
Resipi lama dalam galeri fon.Cooksnap daripada adik @salina_jalaludinSebenar nya ni lah kudap-kudapan yang paling mudah dan paling disukai anak-anak saya. Kalau dihidang, sekejap jer licin 🤭 lagi-lagi yang bersira pedas ni memang makin laju diorang tu makan, dah macam acara lumba makan dah pulak. 🤣Alhamdulillah rezeki anak-anak. Saya suka buat kalau mereka suka makan. Buat banyak-banyak boleh sejukbekukan. Bila nak makan, nyahbekukan sekejap dan goreng hingga masak. Boleh makan dengan sos pilihan. Dapur Yusfarisyia -
Popia Nestum Honey Popia Nestum Honey
Ok cun sedap😅 .. biasa nestum dengan horlick kan.. ini kali kita tukar selera. Nestum tak mau kisar nak nestum yang kasar aje campur dengan madu. Best makan krup krapppFree E-Book Julia ALeen Aireish -
Bergedil Popia Tuna Bergedil Popia Tuna
#bazaarramadan #minggu2 #goldenapron2020 Bergedil adalah salah satu menu yang Aznie suka sangat makan.. sebenarnya ini kali pertama Aznie buat bergedil.. selalu makan yang orang buat je.. hihihi PKP punya pasal Aznie cuba jugak buat.. ehhhhh.. seronok pulak buat dia. tak ada la susah pun.. tapi kali ni aznie guna kulit popia je.. nak beli tauhu abis pulak dipasar.. jadi guna apa yang ada je.. Seronok tengok hubby makan.. suka betul dia.. ehhh lupa pulak.. untuk yang ni Aznie bubuh tuna didalamnya sebab kat rumah ada 2 tin tuna yang tak guna lagi...jadi Aznie guna 1 tin.. memasak ni memang seronok bila kita boleh bubuh apa-apa je yang kita suka.. tapi pastikan benda yang boleh dimakan ye.. nanti tak pasal ada yang masuk hospital pulak.. Ini cerita minggu lepas sebenarnya.. seperti biasa resepi simpan kat draf.. edit resepi pun lambat.. 🤦🏻♀️ Aznie Khasri -
Popia Basah 🇨🇳 Popia Basah 🇨🇳
Macam mane boleh lupa nak post popia basah ni?😬 For the first time in forever buat popia basah from scratch masa cabaran popia haritu. Punya lega menyandar sebab berjaya buat sampai terlupa terus nak post popia basah ni cuma post kulitnya sahaja betul2 pada saat2 akhir cabaran!🤣🤣 Pengalaman menenyeh kulit popia pada kuali sangatlah tidak dapat dilupakan..hihi. Next time nak buat lagi, tapi kaedah lain pulak. InsyaallahKulit, sos dan popia basah ini, keseluruhannya Uchu belajar dan try dari resepi Hana Hana.Sejarahnya berasal dari Fujian, China tetapi tidak asing lagi dalam kalangan Nyonya dan Melayu Nusantara. Resepinya telah berubah mengikut citarasa dan negara.#cppassport China 🇨🇳 Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)