Roti Sarang Lebah Karamel

Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
Kuala Terengganu

Roti Sarang Lebah antara roti kesukaan Mai. Ralik betul kalau dapat ni. Makan roti saja y penuh dengan kekacang tu pun dah sedap sangat. Apa lagi kalau pekena dengan sos butterscotch 😋
Resepi ni Mai ambik dari seorang cookpader juga. Tapi Mai derhaka la sikit mengikut bahan y ada dan ikut citarasa tekak ni. 😜

Mai guna breadmaker je mudah. Breadmaker Mai rosak. Gigih Mai g umah mak saudara semata nak guna breadmaker.

Masa guna breadmaker ni, sayu pun ada. Breadmaker ni peninggalan arwah Kak Mie (isteri sepupu ipar Mai). Arwah tak sempat guna pun breadmaker ni 😔
Arwah meninggal kerana asma attack pada 28 Ogos 2020 y lepas.

Semoga breadmaker ni boleh bertahan dan berfungsi dengan baik. Mampu memberi manfaat kepada orang lain juga agar pahala untuk Kak Mie sentiasa mengalir.

#GGB_Cookpad

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
8 inci × 2 saji
  1. Bahan Roti
  2. 3-6 gyis @ (1-2 sdt yis)
  3. 240tepung high protein
  4. 60 gtepung kek
  5. 5 gcream super
  6. 55 ggula
  7. 30 gsusu tepung full cream
  8. 3 bijitelur kuning
  9. 150 gsusu segar full cream
  10. 1/2 sdtg garam
  11. 30 gmarjerin
  12. Bahan Hiasan Atas Roti
  13. Bijilabu putih
  14. Bijilabu hijau
  15. Bijikuaci
  16. Bijan hitam
  17. Sapuan Atas Roti @ Eggwash
  18. Susu segar full cream
  19. Sos Butterscotch
  20. 75 mlair
  21. 200 ggula perang lembut
  22. 200 gsusu segar
  23. 1 sdbtepung jagung
  24. 1 sdbcreamy vanilla
  25. 1/8 sdtgaram pink Himalaya

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker kecuali garam dan marjerin. Set Kan fungsi dough atau knead pada breadmaker. Biarkan breadmaker menguli sehingga menggasilkan doh kasar.

  2. 2

    Tambahkan marjerin dan garam. Biarkan breadmaker menguli sehingga menggasilkan doh yang lembut dan elastik.

  3. 3

    Bahagikan doh kepada 15 g setiap satu untuk Loyang besar Dan 10g untuk roti dalam paper cup. Rounding kemas dan susun dalam loyang. Mai guna Loyang 8 inci. Barisan bulatan pertaima Mai susun doh 15 g sebanyak 12 biji doh dan yang kedua 6 biji. Bahagian tengah Mai letak gelas supaya di tengahnya Mai boleh masukkan bekas sos butterscotch. Untuk roti dalam paper cup pula Mai susun 6 biji doh 10 g. Biarkan rehat doh dan kembang 2-3 kali ganda.

  4. 4

    Bila doh dah kembang, spray dengan susu segar dan taburkan kekacang mengikut citarasa.

  5. 5

    Panaskan oven suhu 170°c selama 10 minit. Bakar roti suhu 170°c selama 20 minit.

  6. 6

    Untuk butterscotch pula, masukkan gula dan air dan air dalam breadmaker. Pilih fungsi jam. Untuk buat butter Mai Cuba guna bowl breadmaker Mai brand Xma. Muat elok dengan breadmaker Russell Taylor ni. Cuma y Mai punya sedikit tinggi.

  7. 7

    Bila blade breadmaker dah start berpusing Mai masukkan susu, corn start y dicampur sedikit susu, garam dan creamy vanilla.

  8. 8

    Tutup mcm ni tau kalau tak nak breadmaker comot. Tunggu sahaja hingga proses jam breadmaker selesai.

  9. 9

    Tadaa! Dah siap.

  10. 10

    Sangat enak dinikmati bersama 🥰😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
pada
Kuala Terengganu
🇲🇾 I'm not able to cook fancy or complicated masterpieces. Just simple meal for my four precious kids & husband.Experimenting in the kitchen is my happiness even I'm failed 🥹
Baca lagi

Komen (11)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Cantik dan sedap roti ni ❤😋

Resipi Sepertinya