Bubur Nangka Bersagu

Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
Petaling Jaya Selangor

#goldenapron2020
Menu kesukaan keluarga kami. Tambah lagi pokok nangka depan rumah sentiasa mengeluarkan buah tak kira musim. Bubur nangka bersagu . Kuahnya menggunakan susu cair dan santan. Kelainanya kerana dalam kuahnya dimasukan halia dan halba bagi mengelakkan perut berangin bila makan nangka.

Bubur Nangka Bersagu

#goldenapron2020
Menu kesukaan keluarga kami. Tambah lagi pokok nangka depan rumah sentiasa mengeluarkan buah tak kira musim. Bubur nangka bersagu . Kuahnya menggunakan susu cair dan santan. Kelainanya kerana dalam kuahnya dimasukan halia dan halba bagi mengelakkan perut berangin bila makan nangka.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
5 orang
  1. 15 ulasnangka dipotong
  2. 1 tinsusu cair
  3. 2 kotak (200 ml)santan kara
  4. 1 cawangula
  5. 2 cawanair
  6. 1sdm halba
  7. 2 inchihalia diketuk
  8. 1/2sdt garam
  9. Untuk sagu
  10. 2 cawansagu telur ikan
  11. 6 cawanair
  12. 1sudu gula
  13. Pewarna merah @ sirap ros

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sagu di basuh dan rendam 10 minit. Sementara itu panaskan air bersama garam, gula dan sirap ros. Bila mengelegak masukan sagu. Kacau perlahan agar tidak hancur. Masak sehingga sagu jernih. Anggaran 10 minit. Angkat dan sejukan dalam bekas yg senang untuk di potong

  2. 2

    Nangka dipotong kecil. Dalam periok masakan air, gula,garam,halia,daun pandan dan halba hingga gula larut. Masukan santan bila mendidih masukan susu. Mendidih tutp api. Akhir sekali masukan nangka untuk mengekalkan nangka rangup

  3. 3

    Bila nak makan ambil sagu yang dipotong, masukan ke dalam mangkuk kuah nangka tadi.. Sejukan sebelum dihidang. Cayalah memang sedap..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
pada
Petaling Jaya Selangor
1. mudah n sedap2. kesihatan diutamakan
Baca lagi

Komen

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Sedapnya makan sejuk2 time hari panas 😋😍

Resipi Sepertinya