Asam Laksa

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Uchu kalau buat asam laksa mesti nak guna air rebusan kulit udang dan petis udang..org lain tak bubuh lengkuas, halia..Uchu suka bubuh jugak sikit 🤣 sebab tu tak berani nak panggil laksa penang..laksa asam dah.

#goldenapron2020

Asam Laksa

Uchu kalau buat asam laksa mesti nak guna air rebusan kulit udang dan petis udang..org lain tak bubuh lengkuas, halia..Uchu suka bubuh jugak sikit 🤣 sebab tu tak berani nak panggil laksa penang..laksa asam dah.

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. ✅Rebusan
  2. 2 kgikan kembung/selayang/lolong
  3. Kepala udang/kulit udang (drpd 1 kg udang)
  4. ✅Bahan kisar
  5. 3 bijibawang besar merah
  6. 1 incilengkuas
  7. 1 incihalia
  8. 1 stbelacan
  9. 3 sbcili kisar
  10. ✅Bahan perasa
  11. 1 ikatdaun kesum
  12. 3 batangbunga kantan dibelah
  13. 1 sbgula merah
  14. secukup rasaGaram dan perasa
  15. 1 sbpetis udang (optional)
  16. 10 kepingasam keping @ lebih
  17. Sedikitdaun pudina
  18. ✅Bahan utama lain
  19. 4 peketlaksa
  20. ✅Bahan pelengkap
  21. 10 bijitelur rebus @ lebih
  22. 10 bijicili kecil dipotong @ lebih
  23. 1 ikatdaun selom/salad @ lebih
  24. 20 bijilimau kasturi @ lebih
  25. 2 batangtimun dihiris halus/didadu kecil @ lebih

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ikan dan sejukkan sedikit. Ambil isinya dan simpan bahagian kepala ikan. Simpan lebihan air rebusan ikan.

  2. 2

    Rebus kulit/kepala udang sehingga bertukar warna. Sejukkan sedikit.

  3. 3

    Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan gula merah. Masak sehingga airnya agak kering. (Supaya kurang bau bawang dan cili).

  4. 4

    Tapis lebihan air rebusan ke dalam periuk.

  5. 5

    Kisar kepala ikan bersama air. Tapis ke periuk berisi air rebusan tadi.

  6. 6

    Kisar isi ikan bersama air tambahkan ke dalam periuk yang sama.

  7. 7

    Kisar kulit/kepala udang bersama air rebusannya. Tapis ke dalam periuk.

  8. 8

    Tambahkan air jika tak cukup. Tambahkan asam keping.

  9. 9

    Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak sehingga mendidih.

  10. 10

    Tambahkan daun pudina.

  11. 11

    Rebus laksa sehingga lembut. Uchu rebus 2 bungkus laksa dalam pressure cooker HP selama 6 minit.

  12. 12

    Sediakan bahan pelengkap.

  13. 13

    Sedia dihidangkan.

  14. 14

    TIPS: Biasanya Uchu buat kuah sebelah malam. Biar kuah bermalam supaya air asam, garam dan semua bahan lebih mesra.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Aah kak..setakat ni dlm rumah, takde sape tak bertambah kalau buat ni

Resipi Sepertinya