Kerutuk telur

KAM
KAM @kamarullah
Malaysia

#telurantarabangsa
Kerutuk adalah makanan tradisional kelantan, selalunya kerutuk menggunakan daging dan ayam. Kali ini saya menggunakan telur yg direbus selepas itu, telurnya digoreng sebentar agar kuah kerutuk dapat menyaluti telur ini. Apa yang membezakan kari dan kerutuk adalah cara rempah disediakan. Rempah kerutuk bahan²nya digoreng dahulu barulah diproses warnanya agak gelap sedikit berbanding kari biasa. Kerutuk kini senang didapati, kerutuk telur biasanya lebih enak jika dibuat dengan telur itik disebabkan tak ada stok saya gantikkan dengan telur ayam. Saya ingin memperkenalkan resepi kerutuk ini sebab kebanyakan negara ada karinya tersendiri, jadi kerutuk juga boleh diterima baik dimana² sahaja kerana kelazatannya. Selamat mencuba ❤️.

Kerutuk telur

7 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. Bahan tumis
  2. 3biji bawang merah dihiris
  3. 2 ulasbawang putih dihiris
  4. 4sekawan (b.lawang, b.cengkih, k.manis dan b.pelaga)
  5. 1 batangserai
  6. 1 tbspminyak masak
  7. Bahan lain
  8. 2biji telur direbus seterusnya digoreng
  9. 1/3 cawansantan pekat
  10. 1/2 cawanair
  11. 3 tbsprempah kerutuk
  12. 1 tbspair asam jawa
  13. 1/2 tbspserbuk cili
  14. 1/2inci lengkuas diketuk
  15. 1/2 tbspkerisik
  16. 1 sudu tehgula
  17. 2 sudu tehgaram
  18. 1 sudu tehcukuprasa
  19. 2 tbspminyak masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Mula² rebuskan telur selama 10 minit, kupas kulit telur gorengkan sekejap agar bahagian luar telur garing sedikit ketepikan.

  2. 2

    Sediakan bahan² tumisan, rempah kerutuk dan serbuk cili disatukan lalu ditambahkan air. Tumiskan bawang, serai dan 4 sekawan hingga garing.

  3. 3

    Seterusnya masukkan rempah kerutuk masak hingga rempah garing tambahkan air sedikit ². Masukkan air asam jawa seterusnya saya masukkan sedikit garam dsini. Masukkan juga lengkuas yg diketuk.

  4. 4

    Dan kacau mesra masukkan santan tadi. Masukkan air jika kuah terlalu pekat. Masukkan kerisik dan seterusnya perasakan kerutuk dah ok rasanya bolehlah masukkan telur kacau.

  5. 5

    Biar hingga mendidih dan bolehlah dipadamkan api. Boleh dimakan bersama nasi atau roti.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
KAM
KAM @kamarullah
pada
Malaysia
ᎳᎬᏞᏟᎾmᎬ ᏆᎾ mᎽ ᏦᎥᏆᏟhᎬᏁ ✧══════•❁❀❁•══════✧✅ masakkan pedas no syatuu✅jarang masak seafood✅Jarang masak apa² ikan air tawar & sewaktu dengannya..✅masakan rumahan sahaja
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya